Month: Jun 2016

Dipanggil Menurut Nama

Setiap kali saya bertemu dengan sekumpulan pelajar universiti yang baru untuk kelas esei yang saya ajar, saya sudah mengenal nama mereka. Saya membiasakan diri dengan nama dan gambar para pelajar saya supaya apabila mereka masuk ke dalam kelas, saya dapat mengecam mereka dan berkata, “Helo Jessica” atau “Selamat datang, Trevor.” Saya melakukan ini kerana saya tahu bahawa itu sangat bermakna apabila orang mengenal dan memanggil kita menurut nama kita.

Cara Hidup Kita

Saya terpegun dengan frasa yang dipetik daripada Alkitab terjemahan kontemporari. Apabila saya melayari Google untuk mencari frasa “cara hidup kita” di dalam Alkitab, kebanyakan hasilnya adalah fokus kepada perkara yang sedang mengancam gaya hidup yang diharapkan oleh kebanyakan orang. Antara semua ancaman ini, yang paling ketara ialah ancaman daripada perubahan iklim, pengganas dan polisi -polisi kerajaan.

Melupakan Apa Yang Di Belakang

Chris Baker ialah seorang pelukis tatu yang mengubah simbol kesakitan dan penghambaan menjadi karya seni yang indah. Kebanyakan pelanggannya merupakan bekas gengster dan mangsa pemerdagangan manusia yang telah ditandai dengan nama, simbol atau kod pada badan mereka. Chris mengubah tatu-tatu lama ini menjadi ukiran yang cantik, dengan menambahkan tatu baharu.

Jangan Hanyut Dibawa Arus

Pada penghujung semester persekolahan, saya dan isteri saya membawa anak perempuan kami balik dari sekolahnya yang sejauh 100 kilometer. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di tepi pantai yang terletak di suatu tempat peranginan untuk menikmati makanan ringan sambil memerhatikan kapal-kapal di perairan. Biasanya kapal-kapal tersebut berlabuh dengan sauh supaya tidak hanyut, tetapi saya memerhatikan sebuah kapal sedang hanyut di tengah laut—secara perlahan dan menuju ke arah air laut yang dalam.