Pernahkah anda mengirim e-mel dan tiba-tiba menyedari bahawa anda mengirimnya kepada orang yang salah atau isi kandungan e-mel tersebut mengandungi kata-kata kasar serta menyakitkan hati? Anda berharap ada papan kekunci untuk menghentikan emel itu. Sekarang anda boleh berbuat demikian. Beberapa syarikat menawarkan ciri khas untuk anda menghentikan pengirimannya dalam masa beberapa saat selepas e-mel dikirim. Sekiranya ia dikirim, e-mel itu ibarat kata-kata yang tidak dapat ditarik balik selepas ia diucapkan. Namun jangan kita pandang ciri khas ini sebagai satu jalan penyelesaian, malah ia harus menjadi peringatan untuk kita agar menjaga setiap percakapan kita.

Dalam surat pertama yang ditulis oleh rasul Paulus, dia memberitahu para pengikut Yesus, “Janganlah balas kejahatan dengan kejahatan, atau cercaan dengan cercaan; sebaliknya balaslah kejahatan dengan berkat daripada Allah. Kamu harus berbuat demikian kerana Allah menjanjikan berkat, ketika Dia memanggil kamu. Di dalam Alkitab tertulis, ‘Sesiapa yang hendak menikmati hidup dan yang ingin mengalami masa yang baik, tidak boleh memfitnah orang dan tidak boleh berdusta. Dia tidak boleh melakukan kejahatan lagi, tetapi berbuat baik; dia harus berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mendapat perdamaian’” (1 Petrus 3:9–11).

Pemazmur Daud menulis, “Ya TUHAN, kawallah mulutku, dan jagalah bibirku” (Mazmur 141:3). Itulah doa terbaik untuk memulakan setiap hari dan menghadapi setiap situasi, sekiranya kita teringin untuk melawan dengan menggunakan kata-kata.

Tuhan, kawallah mulut kami pada hari ini agar kami tidak menyakitkan hati orang lain dengan kata-kata kami.