Pada usia 59 tahun, kawan saya Bob Boardman menulis, “Jika 70 tahun jangka hayat biasa dimuatkan dalam 24 jam sehari, hidup saya kini menunjuk waktu 8:30 malam. … Masa semakin berlalu dengan begitu cepat.”

 

Kesukaran untuk mengakui bahawa masa kita di dunia adalah terhad telah menginspirasi penciptaan “Tikker”–jam tangan yang menunjukkan masa, mengira anggaran jangka hayat anda, dan memaparkan pengiraan baki masa hidup anda. Ia diiklankan sebagai jam tangan “yang mengira baki hidup anda, supaya anda boleh menggunakan setiap saat.”

Dalam Mazmur 39, Daud bergelut dengan jangka masa hidupnya yang singkat, dengan berkata, “Ya TUHAN, beritahulah aku masa kematianku supaya aku tahu betapa singkatnya hidupku” (ayat 5). Dia menyifatkan jangka hayatnya sebagai tidak lebih daripada lebar tangannya, bagaikan satu saat bagi Tuhan, dan hanya sehembus nafas (ayat 6). Daud membuat kesimpulan, “Apakah yang boleh aku harapkan, ya Tuhan? Aku berharap kepada-Mu” (ayat 8).

Jam terus berdetik. Sekarang adalah masa untuk mendapatkan kuasa Tuhan untuk menolong kita menjadi umat yang dikehendaki-Nya. Mencari pengharapan dalam Tuhan kita yang kekal memberi makna bagi kehidupan kita hari ini.