Dalam pelbagai cara, teknologi merupakan satu rahmat. Adakah anda memerlukan sedikit maklumat mengenai masalah kesihatan? Apakah yang anda perlu lakukan adalah mengakses Internet dan anda akan terus mendapatkan senarai pilihan untuk membimbing carian anda. Adakah anda perlu menghubungi rakan? Ia boleh dilakukan hanya menghantar teks, e-mel, atau kirimkan khabar di Facebook. Tetapi teknologi juga boleh mengecewakan kita pada masa-masa tertentu. Pada suatu hari, saya mahu mengakses maklumat di dalam akaun bank saya dan saya diminta menyenaraikan soalan keselamatan. Kerana saya tidak mengingat jawapan yang tepat, akibatnya saya disekat dari akaun saya sendiri. Atau fikirkan pada suatu masa apabila perbualan yang penting terputus kerana bateri telefon bimbit anda mati, dengan tidak ada cara untuk menyambung semula sehingga anda mencari palam untuk mengecasnya semula.
Semua ini membuatkan saya gembira dengan hakikat bahawa apabila saya perlu menghubungi Tuhan dalam doa, tiada soalan keselamatan dan tidak ada bateri diperlukan. Saya suka jaminan yang diberikan Yohanes apabila dia berkata, “Kita berani menghadap Allah, kerana kita yakin bahawa Dia mengabulkan doa kita, jika kita memohon apa sahaja yang sesuai dengan kehendak-Nya” (1 Yohanes 5:14).
Tuhan sentiasa boleh dihubung, kerana Dia tidak pernah terlelap dan tertidur! (Mazmur 121:4). Ucaplah terima kasih kerana kasih-Nya untuk kita, Dia sedang menunggu dan bersedia untuk mendengar.