Semasa saya melancong ke Peru, saya telah melawat salah sebuah gua yang terdapat di seluruh negara yang bergunung-ganang itu. Pemandu pelancongan kami memberitahu bahawa gua tertentu ini telah dijelajahi sedalam 15 kilometer–malah ia jauh lebih dalam lagi. Kami melihat kelawar-kelawar yang amat menarik, burung-burung nokturnal (yang aktif pada waktu malam) dan pembentukan batu yang menarik. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, kegelapan gua itu menjadi menggentarkan—hampir melemaskan. Saya berasa amat lega ketika kami kembali ke atas permukaan tanah dan melihat sinaran cahaya matahari semula.

Pengalaman itu merupakan satu peringatan yang jelas bahawa begitu seksanya kegelapan dan betapa kita memerlukan cahaya. Kita tinggal dalam sebuah dunia yang digelapkan oleh dosa—dunia yang telah menentang Pencipta-Nya. Dan kita memerlukan Cahaya. Yesus yang datang untuk memulihkan semua ciptaan—termasuklah kemanusiaan—kembali ke tempat asalnya dan merujuk Dia sendiri sebagai “cahaya” itu (Yohanes 8:12). “Aku datang ke dunia ini sebagai cahaya,” Dia berkata, “supaya tiap-tiap orang yang percaya kepada-Ku tidak tinggal dalam kegelapan” (12:46).

Dalam Yesus, kita bukan sahaja mempunyai cahaya penyelamatan, tetapi satu-satunya cahaya yang kita boleh mencari jalan kita—jalan Yesus—untuk menembusi kegelapan dunia rohani kita.