Fanny Kemble ialah seorang pelakon British yang berpindah ke Amerika pada awal tahun 1800-an dan berkahwin dengan seorang pemilik ladang yang bernama Pierce Butler. Fanny menikmati kehidupan yang dibiayai oleh kekayaan ladang itu, sehingga dia melihat biayaan kemewahan itu—biayaan yang dibayar oleh hamba-hamba yang bekerja di ladang suaminya.
Setelah menulis kenangan hidup tentang hamba-hamba yang sering menderita akibat dilayani dengan kejam, akhirnya Kemble bercerai dengan suaminya. Tulisan-tulisannya telah diedarkan secara meluas di kalangan orang yang menyokong penghapusan perhambaan dan diterbitkan pada tahun 1863 sebagai Jurnal seorang Penghuni di Ladang Georgia pada tahun 1838-1839. Oleh sebab penentangan dia ter hadap perhambaan, bekas isteri pemilik hamba dikenali sebagai “Penyokong Penghapusan Hamba yang Tak Diduga.”
Dalam tubuh Kristus, Tuhan sering mengejutkan kita secara takjubnya. Dia berkali-kali menggunakan orang serta keadaan yang susah yang tak diduga, untuk menyempurnakan tujuan-tujuan-Nya. Paulus menulis, “Allah sengaja memilih orang yang dianggap bodoh oleh dunia ini, untuk mempermalukan orang yang bijak. Allah juga memilih orang yang dianggap lemah oleh dunia ini untuk mempermalukan orang yang berkuasa. Allah memilih orang yang dianggap rendah, hina dan tidak berguna oleh dunia ini, untuk menghancurkan orang yang dianggap penting oleh dunia ini” (1 Korintus 1:27-28).
Ini mengingatkan kita bahawa Tuhan, dalam rahmat-Nya, boleh menggunakan sesiapa sahaja. Jika kita membiarkan pekerjaan-Nya dilakukan di dalam kita, kita mungkin akan berasa kagum pada perkara yang boleh dilakukan-Nya melalui kita!