Memasak boleh menjadi kerja yang menjemukan apabila saya melakukannya tiga kali sehari, minggu demi minggu. Saya menjadi letih kerana saya perlu mengupas, memotong, menghiris, menggaul dan kemudian menunggu makanan dimasak, panggang atau direbus. Namun kita tidak pernah berasa bosan ketika makan! Sebenarnya makan adalah sesuatu yang kita betul-betul menikmati walaupun setiap hari kita berbuat perkara ini.
Paulus menggunakan perumpamaan menabur dan menuai kerana dia tahu bahawa berbuat baik boleh memenatkan kita (Galatia 6:7-10). Dia menulis, “Janganlah kita jemu melakukan perkara-perkara baik. Jika kita tidak berhenti-henti berbuat demikian, kelak kita akan menuai hasilnya” (ayat 9). Sukar bagi kita untuk mengasihi musuh-musuh kita, mendisplinkan anak kita, atau berdoa tanpa henti. Bagaimanapun, menuai hasil daripada perkara baik yang telah kita tabur tidaklah membosankan! Betapa sukacitanya apabila kita melihat kasih menakluki persengketaan, atau anak-anak taat kepada Tuhan, ataupun Tuhan menjawab doa-doa kita.
Proses memasak boleh mengambil masa berjam-jam, tetapi keluarga saya biasanya selesai makan dalam masa 20 minit atau kurang daripada itu. Namun penuaian hasil yang dikatakan Paulus merupakan penuian yang kekal. Selagi kita berpeluang, marilah kita berbuat apa yang baik dan menunggu berkat-berkat mengikut masa Tuhan. Janganlah putus asa pada hari ini ketika anda berada dalam perjalanan mengikuti Tuhan. Ingatlah sukacita abadi kita telah terjamin.