Perdana Menteri England, Winston Churhill, mengetahui cara memperkuat semangat orang British semasa Perang Dunia II. Pada 18 Jun 1940, dia memberitahu orang ramai yang dalam ketakutan, “Hitler tahu bahawa dia harus memecahbelahkan kita … jika tidak dia akan kalah dalam peperangan … Oleh itu, marilah kita kekal teguh … dan ingatkan diri kita bahawa, jika Empayar British [kekal] selama seribu tahun, orang akan masih berkata, ‘Ini adalah masa terbaik mereka!’ ”
Kita suka mengingati “masa terbaik” kita. Barangkali masa terbaik rasul Petrus ialah ketika dia mengisytiharkan, “Tuhan utusan suci daripada Allah” (Yohanes 6:69). Bagaimanapun, kadang-kadang kita membiarkan kegagalan kita menentukan kita. Selepas berulang-ulang kali Petrus menafikan bahawa dia mengenal Yesus, dia keluar dan menangis tersedu-sedu (Matius 26:75; Yohanes 18).
Seperti Petrus, setiap kita mengalami kegagalan—dalam hubungan kita, pergelutan kita dengan dosa, kesetiaan kita kepada Tuhan. Tetapi, “kegagalan tidak membawa maut,” seperti dikatakan oleh Churchill. Syukurlah, ia juga benar dalam kehidupan rohani kita. Yesus mengampuni Petrus yang bertaubat daripada kegagalannya (Yohanes 21), serta menggunakan dia berkhutbah dan memimpin ramai orang percaya kepada Penyelamat.
Kegagalan tidak membawa maut. Tuhan dengan kasih-Nya memulihkan orang kembali ke pangkuan-Nya semula.