Pengarang terlaris, Chaim Potok memulakan novelnya The Chosen (Yang Terpilih) dengan menghuraikan satu permainan besbol antara dua pasukan orang Yahudi di bandar New York. Reuven Malter, watak utama buku itu, mendapati bahawa uniform pemain-pemain pihak lawan mempunyai satu aksesori yang unik—empat rumbai berupakan tali panjang yang bersambung di bawah setiap baju rakan sepasukan. Reuven mengetahui bahawa rumbai-rumbai itu adalah lambang ketaatan ketat kepada hukum-hukum Perjanjian Lama Tuhan.

Sejarah rumbai-rumbai ini—yang dikenali sebagai tzitzit—bermula daripada perintah Tuhan. Melalui Musa, Tuhan memerintahkan umat-Nya membuat rumbai-rumbai daripada beberapa helai benang biru dan melekatkannya pada keempat-empat hujung pakaian mereka (Bilangan 15:38). Tuhan berkata, “tiap-tiap kali kamu melihatnya, kamu ingat akan segala perintah-Ku dan mentaatinya (ayat 39).

Alat peringatan Tuhan untuk orang-orang Israel pada zaman dahulu mempunyai persamaannya bagi kita pada hari ini. Kita boleh mencontohi Kristus yang secara konsisten menjaga seluruh hukum bagi pihak kita dan mentaati Bapa syurgawi-Nya (Yohanes 8:29). Setelah menerima kerja-Nya bagi pihak kita, maka “biarlah Tuhan Yesus Kristus menjadi pelindung kamu. Janganlah turuti tabiat manusia berdosa untuk memuaskan hawa nafsu” (Roma 13:14). Penumpuan pandangan kita pada Anak Tuhan membantu kita memuliakan Bapa syurgawi kita.