Pada akhir abad ke-4, pengikut-pengikut Kristus tidak lagi dijadikan makanan singa untuk hiburan warga Rom. Tetapi permainan maut ini berlanjutan sehinggalah suatu hari, apabila seorang lelaki melompat keluar daripada orang ramai dengan berani, untuk cuba menghalang dua gladiator membunuh sesama.

Nama orang itu ialah Telemachus. Sebagai seorang pertapa di padang gurun, dia datang ke Rom untuk bercuti, namun dia mendapati bahawa dia tidak dapat tahan lagi bahawa Rom menjadikan pembunuhan sebagai kegiatan yang popular pada masa lapang. Menurut Theodoret, seorang bishop dan sejarawan gereja abad ke-5, Telemachus melaung-laungkan agar kekejaman itu dihentikan tetapi dia direjam sehingga mati oleh orang ramai. Akhirnya Maharaja Honorius yang mendengar mengenai tindakan berani Telemachus itu memerintah agar permainan itu dihapuskan.

Sesetengah orang mungkin akan menyoal Telemachus. Adakah tindakannya adalah satu-satunya cara untuk membantah sukan berdarah yang tragis? Rasul Paulus bertanya soalan yang sama kepada dirinya sendiri: “Mengapa kami mahu menghadapi bahaya setiap saat?” (1 Korintus 15:30). Dalam 2 Korintus 11:22-33, Dia menuliskan beberapa kesukaran yang dihadapinya kerana kasihnya kepada Kristus, malah kebanyakan kesusahan itu mengancam nyawanya. Adakah semuanya itu berbaloi?

Dalam fikiran Paulus hal itu telah pun selesai. Dia menggantikan perkara yang akan segera berakhir dengan kemuliaan yang akan kekal adalah satu pelaburan yang baik. Dalam kebangkitan, hidup yang telah digunakan untuk hidup bagi pihak Kristus dan orang-orang lain adalah benih bagi kekekalan yang kita tidak akan berasa kesal.