Penulis

Lihat semua

Artikel oleh Mart DeHaan

Cerita Kita yang Seterusnya

Lebih daripada enam dekad, pemberita Paul Harvey ialah suara yang diketahui ramai di radio Amerika. Dia ada bakat untuk bercakap dalam gaya yang menarik, “Kamu tahu apa berita tersebut, sebentar lagi kamu akan dengar cerita yang seterusnya.” Selepas penyiaran iklan yang pendek, dia akan menceritakan sedikit kisah mengenai seorang yang terkenal. Tetapi dia akan menyembunyikan sedikit butiran sehingga akhir cerita, sama ada nama orang tersebut atau sesuatu kunci elemen. Dia menarik minat para pendengar dengan diam sejenak dan cogan kata yang dramatik: “Dan sekarang anda tahu … cerita yang seterusnya.”

Baca dari Belakang

Membaca bab terakhir sebuah novel misteri terlebih dahulu mungkin kedengaran suatu idea yang buruk, terutamanya bagi mereka yang suka menunggu segala unsur saspens didedahkan pada hujung sesuatu cerita yang baik. Tetapi sesetengah orang lebih suka membaca buku sekiranya mereka mengetahui bagaimana kisah itu akan berakhir.

Melampaui Kata-Kata

Thomas Aquinas (1225 –1274) merupakan salah seorang pembela iman yang paling terkenal di gereja. Namun hanya 3 bulan sebelum kematiannya, sesuatu telah menyebabkan dia tidak menghabiskan karyanya Summa Theologica, warisan terbesar dalam hidupnya. Ketika dia merenungkan tubuh Penyelamatnya yang ditikam dan darah-Nya mengalir, Aquinas mengakui bahawa dia mendapat suatu penglihatan yang menyebabkan dia bungkam. Dia berkata, “Tiada yang dapat saya tulis lagi. Saya telah melihat perkara-perkara yang membuat tulisan saya tidak bernilai seperti jerami.” Sebelum Aquinas, Paulus juga mendapat satu penglihatan. Dalam 2 Korintus, dia menggambarkan pengalaman itu: “Orang itu [Paulus sendiri] diangkat ke Firdaus. (Aku tidak tahu sama ada hal ini benar-benar berlaku atau hanya suatu penglihatan—Allah sahaja yang tahu.) Di situ dia mendengar perkara-perkara yang tidak boleh dan tidak dapat diungkapkan” (12:3-4). Paulus dan Aquinas mahu kita merenungkan kebaikan yang tidak dapat diungkapkan oleh kata-kata mahupun akal. Kesedaran Aquinas menyebabkan dia mendapati mustahil untuk menyelesaikan karyanya dengan menggambarkan Tuhan yang telah mengutus Anak-Nya untuk disalibkan bagi kita dengan lengkap. Sebaliknya, Paulus pula terus menulis, tetapi dia melakukannya dengan kesedaran terhadap apa yang tidak dapat diungkapkannya atau diselesaikan menurut kekuatannya sendiri. Dalam segala kesusahan yang dihadapi oleh Paulus dalam pelayanannya kepada Kristus (2 Korintus 11:16-33; 12:8-9), dia dapat mengingat kembali dan melihat bahawa dalam kelemahannya, terdapat rahmat Tuhan serta kebaikan yang melampaui kata-kata dan keajaiban.

Ketika Seluruh Dunia Bernyanyi

Satu dendang iklan pada tahun 1970-an telah memberi inspirasi kepada satu generasi. Mula-mula lagu ini digubah sebagai sebahagian kempen iklan Coca Cola, The Real Thing (Perkara yang Benar), satu kumpulan penyanyi British yang bernama The New Seekers akhirnya menyanyikannya sebagai lagu penuh yang meningkat ke puncak carta muzik di seluruh dunia. Namun ramai orang tidak akan melupakan versi televisyen asal, yang dinyanyikan oleh sekumpulan anak muda di puncak bukit di luar Rom. Walaupun begitu aneh, dengan gambar lebah madu dan pohon buah-buahan, kami mempunyai keinginan seperti penulis lagu itu, untuk mengajar dunia menyanyi dengan bersungguh-sungguh dan kasih yang harmoni.

Sahabat kepada Sahabat Tuhan

Suasana yang begitu mesra berlaku dalam perkenalan pertama apabila dua orang mendapati bahawa mereka mempunyai rakan yang sama. Dalam sambutan yang mungkin paling tidak dapat dilupakan, tuan rumah yang ramah mesra mengalu-alukan seorang tetamu dengan ucapan seperti, “Gembiranya bertemu dengan anda. Asalkan kawan Sam atau Samantha, jadi kawan saya juga.”

Keadilan dan Yesus 

Kaisar Augustus (63 SM–14 M), iaitu maharaja Roma yang pertama, ingin dikenali sebagai penguasa undang-undang. Walaupun dia membangun empayarnya dengan perhambaan, penaklukan tentera dan rasuah, dia memulihkan proses undang-undang yang sah dan memperkenalkan Iustitia kepada rakyatnya, yang disebut Dewi Keadilan pada hari ini. Dia juga mengarahkan banci yang membawa Maria dan Yusuf kembali ke Betlehem untuk kelahiran seorang penguasa yang sudah lama ditunggu-tunggu, dan kebesarannya akan sampai ke hujung bumi (Mikha 5:2-4).

Pahlawan, Orang Zalim dan Yesus 

Beethoven berasa marah. Dia bermaksud untuk menamakan gubahannya, Simfoni Ketiga sebagai “Bonaparte.” Pada era kezaliman agama dan politik, dia menyanjung Napoleon Bonaparte sebagai pahlawan rakyat dan pejuang kebebasan. Tetapi ketika jeneral Perancis itu memahkotai dirinya sebagai maharaja, komposer terkenal itu berubah fikiran. Dia mengecam bekas pahlawannya sebagai bangsat dan penzalim, malah dia memadamkan nama Bonaparte dengan keras sehingga ada lubang pada skor muzik asal. 

Luka Disirami Garam

Pada zaman kegemilangan radio, Fred Allen (1894–1956) menyampaikan persembahan komedi yang berunsur pesimistik untuk menghibur generasi yang hidup dalam trauma kemunduran ekonomi dan peperangan. Sifat lucunya lahir daripada kesakitan yang dialaminya sendiri. Setelah kehilangan ibunya sebelum dia berusia 3 tahun, dia kemudian dipisahkan daripada ayahnya yang bergelut dengan ketagihan dadah. Dia pernah menyelamatkan seorang budak lelaki di jalan raya Kota New York yang sibuk dengan berkata, “Kenapa dengan kamu, nak? Kamu tidak mahu menjadi dewasa dan mengalami masalah?”

Kuasa Injil 

Roma pada zaman kuno mempunyai versi “Injil” tersendiri, iaitu Berita Baik. Menurut seorang penyair bernama Virgil, dia mengatakan bahawa Zeus, dewa yang terutama telah menetapkan Roma sebagai sebuah kerajaan yang tiada pengakhiran atau batasan. Para dewa telah memilih Maharaja Augustus sebagai anak dewa dan penyelamat dunia yang membawa keamanan dan kemakmuran pada zaman kegemilangannya.