Mazmur 134 hanya mempunyai tiga ayat, tetapi ia membuktikan bahawa benda kecil boleh menjadi sangat bermakna. Dua ayat yang pertama adalah satu teguran kepada imam-imam yang berbakti kepada Tuhan di Rumah TUHAN tiap-tiap malam. Bangunan itu gelap dan kosong; tiada hasil yang berlaku—atau begitulah kelihatannya. Namun hamba-hamba ini digalakkan untuk “Tadahlah tangan kamu sambil berdoa di Rumah TUHAN, dan pujilah TUHAN! (ayat 2). Ayat ketiga merupakan suara daripada jemaah yang berseru dalam kegelapan dan kesepian malam: “Semoga TUHAN yang di Sion memberkati kamu, TUHAN yang mencipta langit dan bumi.”

Saya memikirkan orang-orang yang bekerja dan berbakti bagi Tuhan pada hari ini—para pastor dan keluarga mereka yang melakukan kerja bakti dalam gereja yang kecil di tempat-tempat yang kecil. Mereka sering berasa kecewa, dicubai untuk berputus asa, melayani tanpa diketahui atau diberikan ganjaran. Mereka tertanya-tanya jia ada orang yang mempedulikan apa yang dilakukan mereka; jika ada orang pernah memikirkan mereka, berdoa untuk mereka, atau anggaplah mereka sebagai anggota dalam kehidupan mereka.

Saya akan katakan kepada mereka—kepada sesiapa yang berasa kesepian atau rasa diri tidak penting; Walaupun tempat anda kecil, ia adalah tempat yang suci. Peribadi yang mencipta dan menggerakkan langit dan bumi sedang bekerja di dalam dan melalui anda. “Tadahlah tanganmu” dan pujilah Dia.