Patung Kristus Penebus (Christ the Redeemer) yang terkenal dapat melihat seluruh bandar Rio de Janeiro di Brazil. Patung itu merupakan model Kristus dengan tangan-Nya terbuka agar badan-Nya berupa bentuk salib. Arkitek berbangsa Brazil, Heitor da Silva Costa mereka bentuk patung itu. Dia membayangkan bahawa penduduk bandar itu akan melihatnya sebagai imej pertama muncul dari kegelapan pada waktu subuh. Pada waktu senja, dia berharap penghuni-penghuni bandar itu boleh memandang matahari yang sedang terbenam sebagai lingkaran cahaya di belakang kepala patung itu.
Ada pengajaran yang bernilai jika kita memfokuskan pandangan kita pada Penebus kita setiap hari, sama ada pada waktu senang atau waktu susah. Semasa Ayub menderita, dia berkata, “Tetapi aku tahu bahawa di syurga ada Penyelamatku; akhirnya Dia akan datang menolong aku” (Ayub 19:25).
Tangisan hati Ayub mengarah kita kepada Yesus—Penyelamat kita yang hidup dan akan kembali ke bumi ini lagi suatu hari nanti (1 Tesalonika 4:16-18). Pandangan kita yang berfokus pada Yesus bermakna ini mengingati bahawa kita telah diselamatkan daripada dosa kita. Yesus “sudah mengorbankan nyawa untuk membebaskan kita daripada segala kejahatan, menyucikan kita, dan menjadikan kita milik-Nya sahaja” (Titus 2:14).
Sesiapa yang sudah menerima Yesus sebagai Penyelamat mempunyai alasan untuk bergembira pada hari ini. Tidak kira apa yang kita alami di bumi, kita boleh mendapat harapan hari ini dan menanti-nantikan untuk menikmati kehidupan yang abadi bersama-Nya.