Di sekolah menengah, saya berasa bangga dengan kebolehan saya bermain catur. Saya menyertai kelab catur, dan semasa makan tengah hari, saya akan duduk di meja dengan nerda lain, meneliti buku dengan tajuk-tajuk seperti Classic King Pawn Opening. Saya belajar teknik, memenangi kebanyakan pertandingan, dan mengetepikan permainan itu selama 20 tahun. Kemudian saya bertemu seorang pemain catur yang benar-benar pandai, yang telah menyempurnakan kemahirannya sejak di sekolah menengah, dan saya belajar cara bermain melawan seorang pakar. Walaupun saya mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk membuat langkah apa pun yang saya inginkan, tiada satu pun strategi saya menggugat dia. Kemahirannya yang unggul itu memberi jaminan bahawa langkah-langkah saya itu akhirnya menguntungkan dia.
Mungkin terdapat suatu gambaran rohani untuk kita di sini. Tuhan memberikan kita kebebasan untuk memberontak terhadap rekaan asal-Nya, tetapi walaupun kita berbuat demikian, akhirnya kita memenuhi matlamat terakhir-Nya dalam pemulihan (Roma 8:21; 2 Petrus 3:13; Wahyu 21:1). Hal ini mengubah cara saya memandang perkara buruk dan baik. Perkara baik—seperti kesihatan, bakat dan wang—saya boleh memberikannya kepada Tuhan sebagai persembahan untuk memenuhi tujuan-Nya. Perkara buruk—kecacatan, kemiskinan, keluarga yang tidak berfungsi, kegagalan—boleh “ditebus” menjadi perkara yang membawa saya kepada Tuhan.
Dengan Jaguh Catur, kemenangan adalah pasti, tidak kira cara pun kehidupan kita akan dilihat pada bila-bila masa.
Kiranya aku belajar mempunyai tangan terbuka—untuk menerima apa pun yang Engkau berikan kepadaku dan Engkau ambil daripadaku.Tolonglah aku mempercayai hati-Mu.
kita boleh mempercayai hati-Nya.