Lembah Penglihatan
Doa Puritan (kaum yang mengamalkan standard moral yang ketat), berjudul “The Valley of Vision” (Lembah Penglihatan). Ia bercakap tentang jurang antara manusia dan Tuhannya yang suci. Manusia itu berkata kepada Tuhan, “Engkau membawaku ke dalam lembah penglihatan … ; walaupun dikelilingi dosa, aku memandang kemuliaan-Mu.” Manusia sedar akan kesalahannya, namun dia masih mempunyai harapan. Dia meneruskan, “Bintang-bintang boleh dilihat dari perigi terdalam, dan semakin dalam perigi itu, semakin terang sinaran bintang-bintang-Mu.” Puisi itu berakhir dengan satu permintaan: “Biarlah aku menemui cahaya Engkau dalam kegelapanku, … kemuliaan-Mu ditemui di lembahku.”
Menembusi Kegelapan
Pertama kali saya ternampak kejadian itu, walaupun sepintas lalu sahaja, adalah ketika saya masih seorang pelajar di universiti. Pada malam musim luruh yang dingin, jauh dari kelipan-kelipan lampu di bandar, saya menaiki sebuah gerabak kereta api yang sarat dengan rumput kering dan kawan-kawan yang bising, tiba-tiba langit menjadi cerah dan terdapat banyak warna kelihatan di ufuk. Saya terpukau. Semenjak malam itu, saya terpesona dengan fenomena yang dipanggil aurora borealis, juga dikenali sebagai northern lights (cahaya utara). Biasanya cahaya tersebut kelihatan jauh di kawasan utara, tempat tinggal saya, namun adakalanya ia boleh kelihatan di kedudukan yang lebih rendah. Saya amat ingin menyaksikan fenomena ini lagi. Jadi bila-bila masa apabila saya melihat bahawa terdapat tanda-tanda cahaya tersebut, saya akan memberitahu kawan-kawan saya, “Mungkin malam ini…”
Rela Memberi
Kebanyakan pertubuhan amal menolong orang ramai yang mempunyai pelbagai jenis keperluan, bergantung kepada sumbangan seperti pakaian dan barangan rumah terpakai yang didermakan oleh orang yang berkemampuan. Memang ada kebaikannya untuk mendermakan barangan tersebut agar boleh memanfaatkan orang lain. Namun adakalanya sukar untuk kita berpisah dengan barangan tersebut.
Prihatin Terhadap Yang Miskin
Masa itu ialah tahun 1780, dan Robert Raikes berasa terbeban untuk mereka yang miskin, kanak-kanak buta huruf di kawasan kejiranannya di London. Dia menyedari bahawa tiada apa-apa usaha yang dilakukan untuk membantu kanak-kanak ini, oleh itu, dia membuat keputusan untuk membawa perubahan.
Ciptaan Baru
Pada permulaan hidup pekerjaan saya, saya mempunyai seorang rakan sekerja yang sangat suka menyumpah menggunakan nama Tuhan. Dia selalu mengejek orang Kristian yang baharu dalam iman mereka dan sesiapa juga yang cuba menginjilinya. Pada hari saya berhenti kerja disebabkan berpindah ke daerah lain serta tempat pekerjaan yang baru, saya teringat akan rakan sekerja ini yang mungkin tidak akan menjadi pengikut Yesus.
Langkah Pertama
Hari itu seorang sahabat bercerita dengan seronoknya kepada saya selama 10 minit, tentang langkah pertama anak buahnya yang baru berumur 1 tahun. Budak lelaki ini kini boleh berjalan! Sejenak kemudian, saya terfikir betapa peliknya kelakuan kami di hadapan orang lain yang mungkin terdengar perbualan kami. Ramai orang boleh berjalan. Apalah sangat yang perlu dihebohkan?
Kejayaan Di Sebalik Kegagalan
Perenang berbangsa Amerika Syarikat (AS), Dara Torres mempunyai satu kerjaya yang amat cemerlang, dia telah lima kali menyertai acara sukan Olimpik dari tahun 1984 to 2008. Pada akhir kerjayanya, Torres telah memecahkan rekod AS untuk acara renang bebas 50 meter—25 tahun selepas dia sendiri yang mencatatkan rekod tersebut. Namun, sebelum ini dia tidak selalu memenangi pingat atau memecahkan rekod. Torres juga pernah menghadapi halangan dalam kerjaya sukannya: kecederaan, pembedahan, dan saingan daripada peserta lain yang jauh lebih muda daripadanya. Dia berkata, “Saya selalu mahu menang dalam segalanya, setiap hari, sejak saya masih kanak-kanak lagi … Saya juga sedar bahawa kegagalan mempunyai kebaikan; ia membara semangat bagi impian baharu.”
Patutlah!
“Dia amat sesuai untuk kamu,” sahabat saya berkata. Dia bercakap mengenai seorang pemuda yang dia baru kenal. Dia menggambarkan matanya yang cerah, senyumannya yang menyenangkan dan hatinya yang baik. Semasa saya berjumpa dengannya, saya amat bersetuju dengan sahabat saya itu. Pada hari ini dia ialah suami saya, patutlah saya mencintai dia!