Penulis

Lihat semua
Keila Ochoa

Keila Ochoa

Keila Ochoa dan penulisan pertamanya akan diperkenalkan dalam artikel bulan Mac. Keila dan suaminya tinggal di Mexico dan mereka mempunyai dua anak kecil. Dia juga terlibat dalam bahagian pelatihan bagi penulis dari seluruh dunia bagi Media Associates International. Dia juga telah menulis beberapa buku.

Artikel oleh Keila Ochoa

Berganding Bahu

Pada zaman kuno, sebuah kota dengan tembok yang runtuh menunjukkan bangsa yang dikalahkan, serta terdedah kepada bahaya dan penghinaan. Inilah sebabnya orang Yahudi telah membina semula tembok Yerusalem. Bagaimanakah mereka melakukannya? Dengan bekerja berganding bahu yang dapat kita perlihatkan dalam Nehemia 3 dengan baik.

Buka Mata Aku

Apabila saya melawat Gereja Chora yang sungguh indah di Istanbul buat kali pertama, saya dapat memahami beberapa kisah Alkitab daripada lukisan fresko dan mozek zaman Byzantine pada siling. Tetapi saya tidak dapat mamahami banyak perincian dalam lukisan itu. Bagaimanapun, untuk lawatan kedua, saya diiringi oleh seorang pembimbing. Dia menunjukkan semua butiran yang saya terlepas sebelum ini, tiba-tiba saya memahami semua lukisan itu secara menyeluruh! Misalnya, lukisan siling bahagian pertama menggambarkan kehidupan Yesus seperti yang dicatatkan dalam Injil Lukas.

Memandang Ufuk Bumi

Pada saat feri mula bergerak, anak perempuan saya yang kecil berkata bahawa dia berasa tidak selesa. Mabuk laut mula memberikan kesan kepadanya. Tidak lama kemudian saya juga mula berasa mual. “Pandang sahaja ufuk bumi,” saya mengingatkan diri saya. Anak-anak kapal berkata bahawa ini akan membantu kita tidak mabuk laut.

Keberanian untuk Menjadi Setia

Hadassah sering berada dalam ketakutan. Hadassah, seorang gadis Yahudi muda yang hidup pada abad pertama, adalah watak fiksyen dalam buku Francine Rivers, A Voice in the Wind. Setelah Hadassah menjadi hamba di rumah orang Roma, dia takut dianiayai kerana imannya dalam Kristus. Dia tahu bahawa orang Kristian dihina, dan ramai orang yang dihukum mati atau dibuang ke dalam arena singa. Adakah dia akan mempertahankan kebenaran dengan berani apabila dia diuji?

Putih Seperti Salji

Pada bulan Disember yang lalu, saya dan keluarga saya telah pergi ke kawasan pergunungan. Kami telah hidup dalam iklim tropika sepanjang hayat kami, jadi inilah kali pertama kami dapat melihat pemandangan salji yang indah dan luar biasa. Ketika kami merenungkan gambaran warna putih yang meliputi seluruh padang, suami saya memetik ayat berikut daripada kitab Yesaya, “Sekalipun dosa-dosamu seperti kain merah tua, semuanya akan menjadi putih seperti salji” (YESAYA 1:18).

Kekaguman terhadap Hasil Tuhan

Nama burung madu dalam bahasa Inggeris, hummingbird dipilih sempena bunyi dengungan hum apabila burung ini mengepak-ngepakkan sayap. Dalam bahasa-bahasa lain, burung madu dikenali sebagai “pencium bunga” (bahasa Portugis) atau “permata yang terbang” (bahasa Sepanyol). Salah satu nama kegemaran saya untuk burung ini adalah biulu, “kekal dalam pandangan” (bahasa orang Zapotek Mexico). Dengan kata lain, sekiranya anda hanya melihat seekor burung madu untuk sekali, anda tidak akan melupakannya.

Peluang Kedua

“Kenapa anda boleh memperlakukan saya dengan begitu baik walaupun anda tidak mengenali saya!”

Siapakah Nama Bapa Anda?

Apabila saya membeli telefon bimbit di Timur Tengah, saya ditanya soalan-soalan biasa: nama, kewarganegaraan dan alamat. Tetapi semasa kerani itu sedang mengisi borang itu, dia bertanya, “Siapakah nama bapa anda?” Soalan itu mengejutkan saya, dan saya tertanya-tanya kepentingan soalan itu. Sebenarnya nama bapa saya tidak penting dalam budaya saya, tetapi ia diperlukan untuk menentukan pengenalan saya di negara tersebut. Dalam kebudayaan tertentu, keturunan adalah mustahak.

Digerakkan Oleh Tuhan

Beberapa bulan yang lalu, saya menerima satu e-mel yang menjemput saya untuk menghadiri sekumpulan “orang yang digerakkan” (driven people) Saya memutuskan untuk mengkaji perkataan digerakkan, dan saya mendapati bahawa orang yang digerakkan adalah seseorang yang mempunyai motivasi yang tinggi untuk berjaya dan akan bekerja keras demi mencapai cita-citanya.