Jagung ialah makanan ruji di negara asal saya, Mexico. Terdapat pelbagai jenis jagung dan anda boleh mencari jagung berwarna kuning, perang, merah, hitam, dan yang berbintik-bintik. Tetapi orang bandar biasanya tidak akan makan jagung berbintik-bintik. Malah pengusaha kedai makan dan penyelidik, Amado Ramírez menjelaskan bahawa mereka percaya keseragaman akan menghasilkan kualiti makanan yang baik. Namun jagung berbintik-bintik dapat digunakan untuk membuat tortilla yang sangat enak.

Jemaah Kristus adalah lebih mirip dengan jagung yang berbintik-bintik jika berbanding dengan jagung yang hanya ada satu warna. Rasul Paulus menggunakan gambaran tubuh untuk menggambarkan gereja, kerana walaupun kita adalah satu tubuh, dan kita mempunyai Tuhan yang sama, kita masing-masing diberikan kurnia berbeza. Seperti yang dikatakan oleh Paulus, “Ada berbagai-bagai pelayanan, tetapi hanya satu Tuhan. Ada berbagai-bagai kerja, tetapi Allah yang esa mengerjakan semuanya” (1 Korintus 12:5-6). Kepelbagaian kita dalam cara kita membantu satu sama lain menunjukkan kemurahan hati Tuhan dan kreativiti-Nya.

Apabila kita menerima kepelbagaian kita, semoga kita juga berusaha untuk memastikan kesatuan kita dalam iman dan tujuan. Ya, kita mempunyai kebolehan serta latar belakang berbeza. Kita bercakap bahasa yang berlainan, dan datang dari pelbagai negara. Tetapi kita mempunyai Tuhan yang sama, Pencipta yang suka akan kepelbagaian.