Perenang berbangsa Amerika Syarikat (AS), Dara Torres mempunyai satu kerjaya yang amat cemerlang, dia telah lima kali menyertai acara sukan Olimpik dari tahun 1984 to 2008. Pada akhir kerjayanya, Torres telah memecahkan rekod AS untuk acara renang bebas 50 meter—25 tahun selepas dia sendiri yang mencatatkan rekod tersebut. Namun, sebelum ini dia tidak selalu memenangi pingat atau memecahkan rekod. Torres juga pernah menghadapi halangan dalam kerjaya sukannya: kecederaan, pembedahan, dan saingan daripada peserta lain yang jauh lebih muda daripadanya. Dia berkata, “Saya selalu mahu menang dalam segalanya, setiap hari, sejak saya masih kanak-kanak lagi … Saya juga sedar bahawa kegagalan mempunyai kebaikan; ia membara semangat bagi impian baharu.”

“Kejayaan di sebalik kegagalan” merupakan pengajaran hidup yang bermakna. Dugaan yang dihadapi Torres memotivasikan dia mencapai impian baru. Kegagalan juga mempunyai manfaat secara rohani. Seperti yang dikatakan Yakobus, “Anggaplah diri kamu berbahagia apabila mengalami bermacam-macam cubaan, kerana kamu tahu bahawa semasa kamu mengalami cubaan, dan masih tetap percaya kepada Kristus, kamu sudah membuktikan bahawa kamu tabah menanggung penderitaan” (Yakobus 1:2-3).

Mengamalkan perspektif ini dalam kesukaran hidup bukanlah mudah, tetapi ia berbaloi. Setiap cubaan memberi peluang untuk mendalamkan hubungan kita dengan Tuhan. Ia juga memulakan pengajaran hidup yang tidak dapat diajar oleh kejayaan, dengan membentuk kesabaran dalam diri kita yang menantikan Tuhan, serta percaya kepada kekuatan-Nya yang dapat membantu kita menghadapi cubaan tersebut.

Si pemazmur mengingatkan kita, “Berharaplah kepada TUHAN! Percayalah kepada-Nya dan jangan berputus asa. Ya, berharaplah kepada TUHAN!” (Mazmur 27:14).