Month: Oktober 2015

Membaiki Atau Menggantikan?

Masanya sudah tiba untuk memasang bingkai pada tingkap-tingkap rumah kami. Oleh itu, saya menggosok, melicinkan, dan memasukkan pengisi kayu untuk menyediakan bingkai yang lama itu untuk dicat. Selepas semua usahaku–termasuk lapisan cat asas dan beberapa cat yang sangat mahal–bingkai itu kelihatan cukup baik. Tetapi ia tidak kelihatan baharu. Satu-satunya cara untuk membuat bingkai kelihatan baharu adalah menggantikan kayu lama itu.

Badai Kehidupan

Di dalam kitab Markus, kita membaca mengenai ribut yang dahsyat. Para pengikut bersama-sama Yesus di dalam perahu untuk menyeberangi Tasik Galilea. Apabila “angin kencang bertiup,” para pengikut—dalam kalangan mereka ada beberapa orang nelayan yang berpengalaman—takut kehilangan nyawa mereka (4:37-38). Adakah Tuhan tidak peduli? Bukankah mereka dipilih oleh Yesus dan paling rapat dengan-Nya? Bukankah mereka mentaati Yesus yang menyuruh mereka “menyeberang tasik”? (ayat 35). Mengapa pula mereka melalui masa yang bergelora?

Jangan Sentuh Pagar Itu

Sebagai seorang gadis muda saya pergi dengan ibu bapa saya untuk melawat moyang saya, yang tinggal berdekatan sebuah ladang. Kawasannya telah dipagari dengan pagar elektrik, yang menghalang lembu daripada meragut rumputnya. Apabila saya bertanya kepada ibu bapa saya jika saya boleh bermain di luar, mereka bersetuju, tetapi menjelaskan bahawa menyentuh pagar akan mengakibatkan kejutan elektrik.

Di Mana Tumpuanku?

Pada awal September 2011, api yang cepat sekali merebak telah memusnahkan 600 rumah di dalam dan sekitar bandar Bastrop di pusat Texas. Beberapa minggu kemudian satu artikel dalam akhbar Austin American-Statesman menyiarkan tajuk ini: “Orang yang kehilangan paling banyak, berfokus pada apa yang tidak hilang.” Artikel ini menerangkan limpahan kemurahan hati masyarakat dan kesedaran orang yang menerima bantuan bahawa jiran-jiran, rakan-rakan, dan masyarakat jauh lebih berbaloi daripada apa pun yang mereka hilang.

Anda Terlepas Peluang

Saya telah mendengar perkataan yang amat menyedihkan hari ini. Dua orang lelaki yang percaya kepada Kristus telah membincangkan suatu isu dan mereka mempunyai perbezaan pendapat tentang isu itu. Lelaki yang lebih tua kelihatan bangga diri kerana dia menggunakan Kitab Suci seperti senjata, memotong terus-menerus apa sahaja yang dilihatnya sebagai kesalahan dalam hidup lelaki yang lebih muda. Orang yang muda itu pula kelihatan bosan dengan syarahan tersebut, sikap orang tua itu, lalu menjadi tawar hati.

BM Resources

Pedoman Harian 2015

Buku renungan untuk 366 hari ini memberikan pengajaran Alkitab, pemahaman yang praktikal, dan cerita-cerita berkaitan yang akan memperdalam pengenalan anda akan Yesus dan kehidupan yang dikehendaki-Nya bagi anda. Setiap bacaan hanya mengambil masa yang singkat, namun ia memberikan kekuatan kerohanian yang akan menyokong anda sepanjang hari. Sila klik [Baca Sampel] atau [Beli Buku].

email-img

Siri Cerita Penting

Siri Cerita Penting ini menyampaikan…

Tersembunyi Dalam Hatiku

Saya membiasakan diri membaca majalah digital, dan saya berasa selesa kerana saya menyelamatkan pokok. Tambahan pula, saya tidak perlu menunggu majalah datang melalui kiriman pos. Bagaimanapun, saya masih merindui edisi cetak kerana saya suka menggerakkan jari-jari saya pada halaman-halaman yang berkilat dan menggunting resipi kegemaran saya.

Di Sebalik Tabir

Aktiviti jangkauan gereja kami memuncak dengan ibadah bagi seluruh bandar. Sementara kumpulan yang telah menganjurkan dan mengetuai aktiviti-aktiviti itu—yang terdiri daripada kumpulan muzik belia, kaunselor, dan para pemimpin gereja—berjalan ke atas pentas, kami semua gembira dan bertepuk tangan untuk menyatakan penghargaan bagi usaha keras mereka.

Menjadi Tidak Kelihatan

Di tempat saya tinggal, inilah masanya apabila tumbuhan melawan kematian dengan tetap berada di bawah tanah sehingga keadaannya selamat untuk bertunas lagi. Sebelum salji datang dan tanah membeku, tumbuhan melepaskan keindahan bunganya dan berundur ke tempat berehat dan menjimatkan tenaga untuk musim pertumbuhan yang akan datang. Tumbuhan kelihatannya mati, tetapi sebenarnya tidak mati, hanya tidak aktif. Apabila salji cair dan tanah tidak beku lagi, sekali lagi tumbuhan mengangkat kepalanya ke langit, sambil menyambut Penciptanya dengan warna-warna cerah dan wangian harum.