Pada awal September 2011, api yang cepat sekali merebak telah memusnahkan 600 rumah di dalam dan di sekitar bandar Bastrop di pusat Texas. Beberapa minggu kemudian satu artikel dalam akhbar Austin American-Statesman menyiarkan tajuk ini: “Orang yang kehilangan paling banyak, berfokus pada apa yang tidak hilang.” Artikel ini menerangkan limpahan kemurahan hati masyarakat dan kesedaran orang yang menerima bantuan bahawa jiran-jiran, rakan-rakan, dan masyarakat jauh lebih berbaloi daripada apa pun yang mereka hilang.

Penulis Kitab Ibrani mengingatkan pengikut Yesus pada abad pertama supaya mengingat kembali bagaimana mereka dengan berani mengalami penganiayaan pada awal kehidupan iman mereka. Mereka berdiri teguh ketika menghadapi penghinaan dan penindasan, berdiri berdampingan dengan orang percaya yang lain (Ibrani 10:32-33). “Kamu ikut merasakan penderitaan orang yang dipenjarakan. Apabila segala milik kamu dirampas, kamu menanggungnya dengan gembira, kerana kamu tahu bahawa kamu masih mempunyai sesuatu yang lebih baik dan yang akan tahan selama-lamanya” (ayat 34). Tumpuan mereka tidak berfokus pada kehilangan mereka, tetapi pada perkara-perkara kekal yang tidak boleh diambil daripada mereka.

Yesus memberitahu pengikut-pengikut-Nya, “kerana perhatian kamu sentiasa tertumpu kepada hartamu!” (Matius 6:21, Alkitab TB). Ketika kita memberi tumpuan kepada Tuhan dan semua yang kita miliki di dalam-Nya, harta yang paling berharga bagi kita pun tidak perlu digenggam kuat.