Penulis

Lihat semua
Albert Lee

Albert Lee

Albert Lee, seorang bekas pengarah yang lama melayani dalam bahagian pelayanan antarabangsa Our Daily Bread Ministries, dan dia tinggal di Singapura. Tenaga, semangat dan visi Albert meluaskan pelayanan ini di seluruh dunia. Dia terus menyelia beberapa projek dalam pelayanan ini. Albert membesar di Singapura, dan dia menyertai beberapa kursus dalalm Singapore Bible College, dan Youth For Christ Singapore dari tahun 1971 sehingga 1999. Albert juga mengajar kursus tentang penginjilan golongan muda di Universiti Taylor di Indiana. Albert menghargai kesenian dan mengumpulkan lukisan. Dia dan isterinya, Catherine mempunyai dua orang anak, Joel dan Debbie.

Artikel oleh Albert Lee

Tidak Sempurna, Namun Dikasihi

Di Jepun, produk makanan disediakan dan dibungkus dengan rapi. Produk ini bukan sahaja harus rasa sedap, tetapi mesti juga mempunyai luaran yang kelihatan baik. Sering kali saya tertanya-tanya sama ada saya membeli makanan atau pembungkusannya! Oleh sebab penekanan orang Jepun kepada kualiti yang baik, produk yang mempunyai kecacatan sedikit sering dibuang. Walau bagaimanapun, pada tahun-tahun kebelakangan ini, produk wakeari menjadi agak popular. Wakeari bermaksud “ada sebab” dalam Bahasa Jepun. Produk-produk ini tidak dibuang tetapi dijual pada harga murah “kerana satu sebab”—contohnya, terdapat retakan pada keropok beras.

Berdiri Teguh

Gunung Tianmen di Zhangjiajie, China, dianggap sebagai salah sebuah gunung yang tercantik di dunia. Untuk menikmati ketinggian cenuram serta segala keindahan dan kemegahannya, anda perlu menaiki kereta kabel Tianmen Shan, yang bergerak sejauh 7,455m. Kereta kabel ini amat menakjubkan di mana ia boleh berfungsi pada jarak tersebut dengan melewati pergunungan yang curam tanpa sebarang motor di dalamnya. Namun ia bergerak dengan selamat pada ketinggian sedemikian kerana adanya cengkaman kuat pada kabel yang digerakkan oleh sebuah motor yang berkuasa tinggi.

Kelahiran Pada Waktu Krismas

Apabila malaikat Gabriel datang kepada Maria, kemudian muncul di hadapan para gembala domba dengan membawa berita baik untuk dunia (Lukas 1:26-27; 2:10), adakah berita ini baik untuk gadis remaja ini? Mungkinkah Maria berfikir: Bagaimanakah saya akan menjelaskan kehamilan ini kepada keluarga saya? Adakah tunang saya Yusuf akan membatalkan pertunangan kami? Apakah yang akan diperkatakan oleh orang di pekan saya? Walaupun nyawa saya terselamat, bagaimanakah saya akan hidup sebagai seorang ibu tunggal?

Siapakah Kita

Dalam autobiografinya, Corrie ten Boom menceritakan pengalamannya yang dahsyat bersama kakak sulungnya, Betsie dalam sebuah kem tahanan Nazi pada awal tahun 1940-an. Malah mereka pernah dipaksa untuk menanggalkan pakaian mereka waktu pemeriksaan badan. Corrie berdiri dalam barisan dan berasa dinajiskan dan ditinggalkan. Tiba-tiba dia teringat Yesus yang disalibkan juga berada dalam keadaan yang telanjang. Dilanda perasaan kagum dan pujian, Corrie berbisik kepada kakaknya, “Betsie, pakaian-Nya juga diambil oleh mereka.” Betsie tercengang dan berkata, “Oh, Corrie, … dan saya tidak pernah berterima kasih kepada-Nya.”

Badai Kehidupan

Di dalam kitab Markus, kita membaca mengenai ribut yang dahsyat. Para pengikut bersama-sama Yesus di dalam perahu untuk menyeberangi Tasik Galilea. Apabila “angin kencang bertiup,” para pengikut—dalam kalangan mereka ada beberapa orang nelayan yang berpengalaman—takut kehilangan nyawa mereka (4:37-38). Adakah Tuhan tidak peduli? Bukankah mereka dipilih oleh Yesus dan paling rapat dengan-Nya? Bukankah mereka mentaati Yesus yang menyuruh mereka “menyeberang tasik”? (ayat 35). Mengapa pula mereka melalui masa yang bergelora?

Albert Lee

Albert Lee, seorang bekas pengarah yang lama melayani dalam bahagian pelayanan antarabangsa Our Daily Bread Ministries, dan dia tinggal di Singapura. Tenaga, semangat dan visi Albert meluaskan pelayanan ini di seluruh dunia. Dia terus menyelia beberapa projek dalam pelayanan ini. Albert membesar di Singapura, dan dia menyertai beberapa kursus dalalm Singapore Bible College, dan Youth For Christ Singapore dari tahun…