John Sowers dalam bukunya Generasi Tanpa Bapa (Fatherless Generation) menulis bahawa, “Tiada generasi seperti generasi ini, bahawa seramai 25 juta orang anak kini membesar dalam keluarga yang hanya ada ibu tunggal tanpa kehadiran bapa.” Dalam pengalaman saya sendiri, jika saya terserempak dengan bapa saya di jalanan, saya langsung tidak akan mengenalnya. Ibu bapa saya bercerai ketika saya masih sangat kecil, dan semua gambar bapa saya telah dibakar. Oleh itu, bertahun-tahun lamanya saya merasakan saya tiada bapa. Kemudian pada umur 13 tahun, saya terdengar Doa Bapa Kami (Matius 6:9-13) dan saya berkata kepada diri sendiri, walaupun aku tidak mempunyai bapa duniawi, tetapi sekarang Tuhan menjadi Bapaku yang di syurga.

Dalam Matius 6:9, kita diajar untuk berdoa, “Ya Bapa kami yang di syurga, Engkaulah Allah yang Esa, semoga Engkau disembah dan dihormati.” Sebelum ini, ayat 7 menyatakan “jangan gunakan banyak kata yang tidak bererti” apabila berdoa, dan kita mungkin tertanya-tanya bagaimana ayat-ayat ini bersangkut paut. Saya sedar bahawa kita tidak perlu mengulangi kata-kata kerana Tuhan mengingatinya. Dia betul-betul memahami doa kita, jadi kita tidak perlu menerangkannya. Dia penuh belas kasihan, jadi kita tidak perlu ragu-ragu terhadap kebaikan-Nya. Oleh sebab Dia juga tahu akan kesudahan segala-galanya sejak permulaan, maka kita tahu bahawa masa-Nya adalah tepat pada waktu.

Oleh sebab Tuhanlah Bapa kita, kita tidak perlu menggunakan “banyak kata” (AYAT 7) untuk menggerakkan pekerjaan-Nya. Melalui doa, kita berbicara dengan seorang Bapa yang mengasihi dan menjaga kita serta menjadikan kita anak-Nya melalui Yesus.