Jangan Berlengah
Selama beberapa tahun saya bercakap dengan seorang sepupu jauh saya tentang keperluan kita akan seorang Penyelamat. Apabila dia melawat saya baru-baru ini dan saya sekali lagi menggesa dia untuk menerima Kristus, responsnya yang serta-merta adalah: “Saya ingin menerima Yesus dan pergi ke gereja, tetapi nanti dulu. Saya tinggal dalam kalangan penganut agama-agama lain. Kecuali saya berpindah, saya tidak akan dapat mengamalkan iman saya dengan baik.” Dia menyebut penganiayaan, ejekan, dan tekanan daripada rakan-rakannya sebagai alasan untuk menangguhkan keputusannya.
Mengesahkan Kebenaran
S eekor labah-labah hutan yang membawa maut telah berhijrah ke Amerika Syarikat dan membunuh orang.” Inilah cerita yang dikirm kepada saya dan orang lain dalam senarai e-mel rakan saya. Cerita ini kedengarannya boleh dipercayai—banyak nama saintifik dan situasi kehidupan sebenar. Tetapi apabila saya memeriksanya di laman web yang boleh dipercayai, saya mendapati cerita itu tidak benar—ia adalah satu penipuan Internet. Kebenarannya hanya dapat disahkan dengan merujuk sumber yang dipercayai.
Langkah Bayi
B ayi saya sedang belajar berjalan. Saya perlu memegang dia, dan dia berpaut pada jari saya kerana dia masih berjalan terhuyung-hayang. Dia takut tergelincir, tetapi saya ada untuk menenangkan dan memperhatikannya. Sementara dia berjalan dengan bantuan saya, matanya berkilau dengan kesyukuran, kebahagiaan, dan keselamatan. Tetapi kadang-kadang dia menangis apabila saya tidak membiarkan dia mengikut jalan yang berbahaya, tanpa menyedari bahawa saya melindungi dia.
Wira-Wira Yang Mengecewakan
Sebuah buku baru-baru ini, yang memasukkan sedikit fiksyen pada secebis sejarah Amerika Syarikat, telah menggambarkan penembak Old West, iaitu Wyatt Earp dan Doc Holliday, sebagai gelandangan pemalas. Dalam temu bual dengan National Public Radio, penulis berkata tentang Earp yang sebenar, “Dia tidak berbuat apa-apa yang luar biasa sepanjang hidupnya, tidak pernah.” Selama bertahun-tahun, dalam buku dan filem Hollywood, mereka telah menjadi wira. Namun, catatan sejarah yang bereputasi baik menunjukkan bahawa mereka bukan wira.
Tujuan Dalam Rutin
Jam bola gerak di Muzium British menarik perhatian saya sebagai ilustrasi yang jelas tentang kesan rutin yang melalikan. Sebiji bola keluli kecil bergolek di dalam alur merentasi satu plat keluli miring sampai ia tersandung tuil di sebelah lain. Ia memiringkan plat kembali pada arah yang bertentangan, menukar arah bola dan memarakan jarum jam. Setiap tahun, bola keluli itu bergerak melalui kira-kira 2,500 kilometer ke belakang dan ke hadapan, tetapi tidak pernah benar-benar pergi ke mana-mana.
Kuasa Perkataan
Nelson Mandela, yang menentang rejim aparteid Afrika Selatan dan dipenjarakan selama hampir 3 dekad, mengetahui kuasa kata-kata. Kata-katanya sering dipetik hari ini, tetapi ketika di dalam penjara kata-katanya tidak dapat dipetik kerana takut akibatnya. Satu dekad selepas dibebaskan, dia berkata: “Tidak pernah menjadi kebiasaan saya untuk menggunakan perkataan dengan terburu-buru. Jika 27 tahun di dalam penjara telah berbuat sesuatu kepada kami, maka ia adalah penggunaan kesenyapan ketika berseorangan untuk menjadikan kita memahami betapa berharganya perkataan, dan bagaimana ucapan yang sebenar membawa kesan terhadap cara orang hidup dan mati.”
Apabila Ia Tidak Berjalan Baik
Kata-kata pertama yang suka dipetik oleh ramai orang apabila ditimpa malang adalah: “Kita tahu bahawa Allah mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia” (Roma 8:28). Namun itu sukar dipercayai ketika dalam kesukaran. Saya pernah duduk dengan seorang lelaki yang telah kehilangan anak ketiga secara berturut-turut, dan saya mendengar sementara dia meratap, “Bagaimana mungkin tragedi ini mendatangkan kebaikan kepada saya?” Saya tidak mempunyai jawapan tetapi hanya duduk dengan senyap dan turut berdukacita dengan dia. Beberapa bulan kemudian, dia bersyukur sambil berkata, “Kesedihan saya menarik saya lebih dekat kepada Tuhan.”
Datang Bersama
Apabila kakak saya Carole disahkan menghidap kanser payudara, keluarga kami bimbang. Diagnosis itu, dengan pembedahan dan rawatan yang terlibat, menyebabkan kami sangat risau akan kesihatannya, yang mendorong keluarga kami berdoa bagi pihaknya. Beberapa bulan berikutnya, Carole melaporkan dengan jujur tentang cabaran-cabaran. Tetapi kami semua merayakannya apabila laporan kembali bahawa pembedahan dan rawatan telah berjaya. Carole dalam proses pemulihan!
Tutup Sahaja
Ketika anak-anak kami masih kecil, kami pergi ke utara Wisconsin untuk melawat datuk dan nenek saya. Mereka tidak mendapat penerimaan televisyen yang baik, tetapi TV bukan keutamaan mereka. Selepas saya telah melihat anak kami Scott main-main dengan peti TV untuk seketika, dia bertanya dengan kecewa, “Apa yang kita lakukan jika kita boleh mendapat satu saluran saja dan kita tidak suka pada saluran itu?”