Selama beberapa tahun saya bercakap dengan seorang sepupu jauh saya tentang keperluan kita akan seorang Penyelamat. Apabila dia melawat saya baru-baru ini, sekali lagi saya menggesa dia menerima Kristus, responsnya yang serta-merta adalah: “Saya ingin menerima Yesus dan pergi ke gereja, tetapi nanti dulu. Saya tinggal dalam kalangan penganut agama-agama lain. Kecuali saya berpindah, saya tidak akan dapat mengamalkan iman saya dengan baik.” Dia menyebut penganiayaan, ejekan, dan tekanan daripada rakan-rakannya sebagai alasan untuk menangguhkan keputusannya.

Kebimbangan sepupu saya adalah benar, tetapi saya memberi jaminan kepadanya bahawa apa pun yang berlaku, Tuhan tidak akan meninggalkan Dia. Saya menggalakkan sepupu saya supaya tidak menangguh tetapi percaya kepada penjagaan dan perlindungan Tuhan. Kemudian dia tidak lagi berdebat, mengakui keperluannya akan pengampunan Kristus, dan percaya kepada-Nya sebagai Penyelamat dia sendiri.

Apabila Yesus menjemput orang ramai untuk mengikuti Dia, mereka juga memberi banyak alasan—semua tentang kesibukan dengan urusan-urusan dunia ini (Lukas 9:59-62). Jawapan TUHAN kepada mereka (ayat 60-62) menggesa kita supaya tidak membiarkan alasan menghalang kita mengetahui perkara yang paling penting dalam kehidupan: penyelamatan jiwa kita.

Adakah anda mendengar Tuhan memanggil anda untuk menyerahkan hidup anda kepada-Nya? Jangan berlengah. “Ketahuilah bahawa sekaranglah masa yang diperkenankan Allah, dan sekaranglah hari kamu diselamatkan!” (2 Korintus 6:2).