Jam bola gerak di Muzium British menarik perhatian saya sebagai ilustrasi yang jelas tentang kesan rutin yang melalikan. Sebiji bola keluli kecil bergolek di dalam alur merentasi satu plat keluli miring sampai ia tersandung tuil di sebelah lain. Ia memiringkan plat kembali pada arah yang bertentangan, menukar arah bola dan memarakan jarum jam. Setiap tahun, bola keluli itu bergerak melalui kira-kira 2,500 kilometer ke belakang dan ke hadapan, tetapi tidak pernah benar-benar pergi ke mana-mana.

Mudah bagi kita untuk berasa terperangkap dalam rutin harian apabila kita tidak dapat melihat tujuan yang lebih besar. Rasul Paulus ingin sekali membuat Injil Kristus dikenali. “Sebab itu aku tidak berlari tanpa tujuan dan aku bukan petinju yang sembarangan saja memukul” (1 Korintus 9:26, Alkitab TB). Apa pun boleh menjadi membosankan—mengembara, berkhutbah, mengajar, dan terutama yang dikurung di dalam penjara. Namun Paulus percaya dia boleh melayani Kristus, Tuhannya dalam setiap keadaan.

Rutin menjadi maut apabila kita tidak dapat melihat tujuan rutin itu. Wawasan Paulus melangkau keadaan apa pun yang mengehadkan kerana dia terlibat dalam perlumbaan iman untuk terus maju sehingga dia melintasi garisan penamat. Dengan melibatkan Yesus dalam setiap aspek kehidupannya, Paulus menemui makna walaupun dalam rutin kehidupan.

Begitu juga dengan kita.