Nelson Mandela, yang menentang rejim pemisahan kaum di Afrika Selatan dan dipenjarakan selama hampir 3 dekad, mengetahui kuasa kata-kata. Kata-katanya sering dipetik hari ini, tetapi ketika di dalam penjara kata-katanya tidak dapat dipetik kerana orang lain takut akibatnya. Satu dekad selepas dibebaskan, dia berkata: “Tidak pernah menjadi kebiasaan saya untuk menggunakan perkataan dengan terburu-buru. Jika 27 tahun di dalam penjara telah membuat kami belajar sesuatu, maka ia adalah penggunaan kesenyapan ketika berseorangan untuk menjadikan kita memahami betapa berharganya perkataan, dan bagaimana ucapan yang sebenar akan membawa kesan terhadap soal hidup dan mati seseorang.”

Raja Salomo, pengarang bagi kebanyakan kitab Amsal dalam Perjanjian Lama, sering menulis mengenai kuasa kata-kata. Dia berkata, “kata-kata yang diucapkan mempunyai kuasa untuk menyelamatkan ataupun membinasakan” (Amsal 18:21). Kata-kata mempunyai potensi untuk menghasilkan kesan-kesan positif atau negatif (ayat 20). Kata-kata mempunyai kuasa untuk memberikan hidup melalui dorongan dan kejujuran, atau menghancurkan dan membunuh melalui pembohongan dan gosip. Bagaimana kita boleh pasti untuk mengucapkan kata-kata baik yang mempunyai hasil yang positif? Satu-satunya cara adalah dengan tekun menjaga hati kita: “Jagalah hatimu dengan segala kewaspadaan, karena dari situlah terpancar kehidupan.” (4:23 Alkitab TB).

Yesus boleh mengubah hati kita supaya kata-kata kita benar-benar menjadi yang terbaik—jujur, tenang, wajar, dan sesuai untuk keadaan tertentu.