Penerangan yang jelas daripada wartawan Yakub Riis akan kemiskinan pada abad ke-19 di Bandar Raya New York menakutkan orang ramai yang pada umumnya berpuas hati. Bukunya How the Other Half Lives yang menggabungkan tulisan dengan gambar-gambarnya sendiri telah memberikan gambaran yang jelas supaya orang ramai tidak boleh melepaskan diri daripada kewujudan kemiskinan yang mendesak. Sebagai anak ketiga antara lima belas orang adik-beradik, Riis menulis dengan membawa pengaruh yang besar kerana dia telah hidup dalam dunia yang penuh dengan keputusasaan yang dahsyat.
Tidak lama selepas penerbitan bukunya, dia menerima sekeping kad daripada seorang pemuda yang baru memulakan kerjaya politiknya. Nota itu hanya menulis, “Saya telah membaca buku anda, dan saya datang untuk membantu. Theodore Roosevelt.” (Ahli politik ini kemudiannya menjadi Presiden Amerika Syarikat.)
Iman sejati memberikan respons terhadap keperluan orang lain, menurut Yakobus (1:19-27). Semoga hati kita digerak daripada tiada tindakan kepada mengambil tindakan, daripada kata-kata sahaja kepada amalan yang menyokong. Tindakan belas kasihan bukan sahaja membantu mereka yang terperangkap dalam kesukaran hidup, tetapi ia juga membuat mereka terbuka kepada berita yang lebih besar daripada Penyelamat kita yang melihat keperluan mereka dan boleh melakukan jauh lebih banyak untuk mereka.
dan tolonglah kami mempedulikan orang seperti Engkau.