Apabila suami saya mengajar kelas perakaunan di sebuah kolej tempatan, saya mengambil salah satu ujian itu hanya untuk suka-suka bagi melihat sebaik mana saya boleh melakukannya. Keputusannya tidak baik. Saya menjawab setiap soalan dengan salah. Saya gagal kerana saya bermula dengan kefahaman yang salah mengenai konsep asas perbankan. Saya terbalikkan debit dan kredit.

Kadangkala kita juga menjadi keliru tentang debit dan kredit dalam alam rohani. Apabila kita menyalahkan Iblis untuk segala sesuatu yang bermasalah, misalnya cuaca buruk, pencetak tersekat, atau masalah kewangan—kita sebenarnya memberi dia kredit (atau pujian) yang tidak sepatutnya diterimanya. Kita menganggap kuasanya menentukan kualiti hidup kita, tetapi dia tidak memiliki kuasa itu. Iblis terbatas dalam masa dan ruang. Dia perlu meminta keizinan Tuhan sebelum dia boleh menyentuh kita (Ayub 1:12; Lukas 22:31).

Bagaimanapun, sebagai bapa segala dusta dan penguasa dunia ini (Yohanes 8:44; 16:11), Iblis boleh menyebabkan kekeliruan. Yesus memberikan amaran bahawa suatu masa kelak orang menjadi keliru sehingga tidak tahu membezakan yang betul daripada yang salah (16:2). Namun Dia menambahkan jaminan ini: “Kerana penguasa dunia ini telah dihukum” (ayat 11, Alkitab TB).

Masalah akan mengganggu kehidupan kita, tetapi tidak dapat mengalahkan kita. Yesus sudah mengalahkan dunia. Semua kredit diberikan kepada-Nya.