Seniman Cina abad ke-12 Li Tang melukis landskap yang dihidupkan dengan manusia, burung, dan kerbau. Kerana kemahirannya dengan lakaran garis halus pada sutera, Li Tang dianggap pakar seni landskap Cina. Berabad-abad lamanya, para pelukis dari seluruh dunia telah menggambarkan apa yang dilihat di galeri seni ciptaan Tuhan: “Betapa terangnya langit menyatakan kemuliaan Allah! Betapa jelasnya cakerawala menunjukkan perbuatan-Nya” (Mazmur 19:2). Alkitab menyatakan bahawa kita ada kekreatifan kerana kita diciptakan dalam imej Pencipta Agung (Kejadian 1:27).

Tuhan memilih tukang-tukang yang mengukir kayu, emas, perak, tembaga, dan batu permata untuk membuat hiasan, perkakas dapur, mazbah, dan pakaian yang digunakan apabila orang Israel purba menyembah Dia dalam Khemah Tuhan (Keluaran 31:1-11). Pertunjukan kesenian yang menggambarkan hakikat rohani mendorong dan membimbing para imam dan umat dalam ibadah mereka kepada Tuhan yang telah memanggil mereka menjadi umat-Nya.

Melalui pelbagai jenis penyataan kesenian, kita mencerminkan keindahan penciptaan dan menghormati Pencipta dan Penebus dunia yang menakjubkan ini.