Ketika saya masih kanak-kanak, ibu saya memberi amaran supaya saya tidak bermain dengan api. Namun suatu hari saya memutuskan untuk melihat apa yang akan berlaku jika saya bermain dengan api. Saya mengambil sekotak pemetik api dan beberapa kertas, lalu saya keluar ke belakang rumah untuk membuat percubaan. Dengan hati yang berdebar-debar, saya berlutut di atas tanah, memetik pemetik api, dan membakarkan kertas.
Tiba-tiba saya melihat ibu saya menghampiri. Kerana saya tidak mahu tertangkap, saya meletakkan kaki saya di atas api untuk menyembunyikan hal yang saya lakukan. Tetapi ibu menjerit, “Denny, alihkan kakimu! Ada api di bawahnya!” Syukurlah, saya pindahkan kaki saya dengan cepat dan tidak terbakar. Barulah saya menyedari bahawa peraturan ibu saya tentang tidak boleh bermain dengan api bukan untuk merosakkan keseronokan saya tetapi dia mahu saya selamat.
Kadang-kadang kita tidak memahami sebab di sebalik perintah Tuhan. Kita mungkin berfikir Dia pengacau suasana dunia, membuat hukum dan peraturan untuk menghalang kita daripada berseronok. Tetapi Tuhan menyuruh kita mentaati-Nya kerana Dia menginginkan yang terbaik bagi kita. Ketika kita taat, kita “tetap mengasihi-Nya” dan dipenuhi dengan kegembiraan (Yohanes 15:10-11).
Oleh itu, apabila Tuhan memberi amaran kepada kita supaya tidak berbuat dosa, Dia melakukannya untuk kebaikan kita sendiri. Dia benar-benar mahu melindungi kita daripada “bermain api” dan terbakar.