Sewaktu kami baru berpindah ke rumah kediaman kami sekarang, saya amat suka menikmati kecantikan sekawan angsa yang bersarang berdekatan rumah kami. Saya terpegun untuk melihat binatang-binatang ini saling memerhatikan dan berenang dalam garis lurus, malah terbang dalam bentuk V di udara. Ini juga sangat menyeronokkan untuk memperhatikan angsa-angsa membesarkan anak-anak yang masih kecil.

Apabila musim panas tiba, saya mendapati suatu kebenaran yang kurang menarik tentang kawan-kawan saya yang berbulu ini. Kita tahu angsa suka makan rumput dan tidak mempedulikan sama ada diet ini akan merosakkan kecantikan halaman rumput. Tambahan buruk lagi, angsa-angsa ini meninggalkan jejak pengembaraan yang sangat teruk.

Saya akan berfikir tentang angsa-angsa ini apabila berurusan dengan orang yang menyusahkan. Kadangkala saya berharap saya dapat menghalau sahaja mereka keluar dari hidup saya. Pada masa itulah Tuhan memperingatkan saya bahawa terdapat keindahan dalam orang yang paling menyusahkan pun, sekiranya kita rela mendekati mereka untuk menemukannya, kita mungkin akan mendapati bahawa sikap orang yang sukar bergaul mungkin merupakan suatu pantulan daripada kesakitan yang sedang dialami oleh mereka. Dalam kitab Roma rasul Paulus berkata, “Dengan sedaya upaya, berusahalah untuk hidup damai dengan semua orang” (12:18). Maka saya meminta Tuhan untuk menolong saya bersabar dengan “bahagian keras” yang ada pada orang lain. Walaupun tindakan ini tidak sentiasa menghasilkan kesan yang baik, tetapi saya berasa kagum akan perbuatan Tuhan yang sering membaikkan hubungan- hubungan ini.

Apabila kita berhadapan dengan orang yang menyusahkan, kita dapat melihat dan mengasihi mereka dengan kasih Tuhan dan melalui pandangan Tuhan.