Sewaktu anak-anak kami masih kecil, salah seorang anak akan menolak secara terus dengan berkata “tidak mahu” apabila kami menghidangkan sayur kacang kepadanya sewaktu makan malam. Kami akan bertanya, “Tidak mahu apa?” dan berharap dia akan menjawab, “Tidak mahu, terima kasih.” Sebaliknya dia berkata, “Tidak mahu kacang!” Hal itu menjadi peluang yang baik untuk mengajar anak-anak kami tentang kepentingan dalam kesopanan. Sebenarnya kami telah mengajar dia tentang hal ini untuk beberapa kali.

Selain memiliki kesopanan yang baik—yang hanya bersifat luaran—Tuhan memperingatkan kita bahawa kita mesti memiliki hati yang bersyukur. Firman Tuhan mengandungi banyak peringatan tentang betapa pentingnya untuk menyatakan kesyukuran dalam perhubungan kita dengan Tuhan. Mazmur 118 bermula dan berakhir dengan nasihat untuk “Bersyukurlah kepada TUHAN” (ayat 1, 29). Kita mengucap syukur ketika kita datang ke dalam hadirat-Nya (100:4) dan permohonan-permohonan yang kita ungkapkan mestilah dibungkus dengan sikap yang bersyukur (Filipi 4:6). Sikap bersyukur sedemikian akan memperingatkan kita tentang berkat-berkat kita yang melimpah-limpah. Walaupun di tengah-tengah masalah dan rasa putus asa, hadirat dan kasih setia Tuhan tetap menyertai kita.

Maka tidak hairanlah bahawa pemazmur memperingatkan kita “Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik, dan kasih-Nya kekal abadi” (Mazmur 118:1).