Apabila orang menggerudi lubang jauh ke dalam bumi, ia biasanya adalah untuk menarik sampel teras batu ke atas dasar bumi, mengakses minyak, atau mencari air.
Dalam Yesaya 12, kita belajar bahawa Tuhan ingin umat-Nya, yang tinggal di gurun rohani, demikian juga di gurun yang sebenar, untuk menemui-Nya sebagai “perigi penyelamatan.” Nabi Yesaya membandingkan penyelamatan Tuhan dengan sebuah perigi yang paling menyegarkan daripada semua air yang boleh didapati. Selepas bertahun-tahun mereka membelakangi Tuhan, penduduk Yehuda telah berada dalam pembuangan kerana Tuhan membenarkan penceroboh asing menakluk bangsa itu, maka bangsa itu pun tercerai-cerai. Namun, kata nabi Yesaya, umat-Nya yang masih hidup akan kembali ke tanah air mereka sebagai tanda bahawa Tuhan bersama-sama mereka (Yesaya 11:11-12).
Yesaya 12 adalah lagu pujian yang memuji Tuhan kerana kesetiaan-Nya dalam memegang janji-janji-Nya, khususnya janji penyelamatan. Yesaya menggalakkan orang bahawa dalam “perigi penyelamatan” Tuhan, mereka akan mengalami rahmat, kekuatan dan kegembiraan Tuhan yang bagaikan air sejuk (ayat 1-3). Ini akan menyegarkan dan menguatkan hati mereka serta menyebabkan kita memberikan pujian dan kesyukuran kepada Tuhan (ayat 4-6).
Tuhan mahu setiap kita menyedari bahawa melalui pengakuan dan pertaubatan dosa, air hidup kegembiraan yang mendalam boleh didapati dalam perigi penyelamatan-Nya yang kekal.
Kongsilah renungan anda di facebook kami: http://goo.gl/FFCb71