Warga Israel tidak berpuas hati dengan kerajaan mereka. Pada akhir 500 SM, orang Yahudi berhasrat untuk menyiapkan pembinaan Rumah Tuhan mereka yang telah dimusnahkan oleh Babilonia pada 586 SM. Bagaimanapun, gabenor mereka tidak memahami perkara yang dilakukan oleh mereka, maka dia mengirim surat kepada Raja Darius (Ezra 5:6-17).

Dalam surat itu, gabenor menyatakan bahawa dia mendapati orang Yahudi sedang membina Rumah Tuhan dan bertanya kepada raja jika mereka diberikan kebenaran untuk berbuat demikian. Surat itu juga merekodkan balasan orang Yahudi yang penuh dengan hormat bahawa mereka benar-benar diberikan kebenaran oleh bekas raja (Kores) untuk membinanya semula. Apabila raja menyiasat kata-kata mereka, dia mendapati kata-kata mereka benar: Raja Kores telah memberikan perintah supaya Rumah TUHAN dibina semula. Maka Darius bukan sahaja terus membenarkan pembinaan ini, malahan dia membayar segala perbelanjaan pembinaan itu! (Lihat 6:1-12). Selepas orang Yahudi telah siap membina Rumah Tuhan, “dengan gembira mereka merayakan” kerana mereka mengetahui bahawa Tuhan yang telah “menyebabkan raja negeri Asyur bermurah hati terhadap mereka” (6:22).

Apabila kita melihat sesuatu situasi yang perlu ditangani, kita menghormati Tuhan apabila kita memohon Dia dengan penuh hormat, percaya bahawa Dia berkuasa di atas segala situasi, dan menyatakan kesyukuran bagi setiap keputusan.