Saya tidak tahu bagaimana orang ini mencari saya, tetapi saya kerap menerima semakin banyak risalah dalam peti surat yang menjemput saya menghadiri akitiviti-aktiviti mereka supaya mereka dapat mengajar saya tentang manfaat-manfaat setelah bersara. Beberapa tahun yang lalu, saya sudah mula menerima jemputan-jemputan untuk menyertai organisasi yang berfungsi untuk pihak pesara. Kesemua peringatan ini berfungsi untuk mengatakan: “Kamu semakin tua. Bersiaplah sedia!”

Saya mengabaikan kesemua jemputan itu selama ini, tetapi tidak lama kemudian saya sedar bahawa saya perlu mengambil masa dan menghadiri salah satu perjumpaan mereka. Saya betul-betul perlu menerima jemputan mereka.

Kadangkala saya mendengar peringatan yang agak sama dalam hikmat Firman. Kita tahu bahawa apa yang dikatakan mengenai kita dalam firman Tuhan adalah betul, tetapi kita tidak bersiap sedia untuk bertindak. Mungkin ini seperti petikan yang diambil daripada Roma 14:13, “Oleh itu janganlah kita salahkan satu sama lain.” Atau peringatan dalam 2 Korintus 9:6 yang mengatakan, “Tetapi orang yang menanam banyak benih, akan mendapat tuaian yang banyak juga.” Atau peringatan dalam Filipi 1: “Berdiri teguh dan berjuang dengan satu tujuan dan satu keinginan, untuk iman yang berdasarkan Berita Baik itu. Janganlah takut akan orang yang menganiaya kamu; tabahkanlah hati” (ayat 27-28).

Apabila kita membaca firman Tuhan, kita memperoleh peringatan yang mustahak. Marilah kita mengambil perhatian tentang kesemua peringatan ini dengan serius dari hati Tuhan Bapa yang tahu apa yang memuliakan-Nya dan yang paling baik untuk kita.