Sila Masuk
Rumah Jenny terletak di tepi jalan kecil sebuah kampung, dan jalan ini selalu digunakan oleh pemandu-pemandu pada masa sibuk untuk mengelakkan jalan utama yang berdekatan dan lampu isyarat. Beberapa minggu yang lalu, pekerja-pekerja buruh datang untuk membaiki permukaan jalan yang rosak dengan membawa sekatan besar dan papan-papan tanda “Dilarang Masuk.” “Saya berasa bimbang pada mulanya,” kata Jenny, “saya ingat saya tidak dapat mengeluarkan kereta dari rumah saya sehingga pembaikan jalan itu siap. Namun, apabila melihat papan tanda dengan lebih dekat, saya menyedari papan tanda tertulisnya, ‘Dilarang Masuk: Jalan Masuk bagi Penghuni Sahaja.’ Maka saya tidak perlu melalui lencongan atau sekatan. Saya berhak masuk dan keluar dari kawasan itu sesuka hati kerana saya tinggal di situ. Saya berasa diri amat istimewa!”
Pembekalan Yang Melimpah
Kami mempunyai satu bekas makanan untuk burung madu di taman kami, kami gemar melihat burung-burung kecil datang dan minum air manis daripada bekas itu. Akhir-akhir ini, kami pergi melancong untuk masa yang pendek dan terlupa untuk mengisikan air manis itu. Apabila kami balik, bekas itu sudah kering sepenuhnya. Kasihannya! Saya fikir. Oleh sebab sifat pelupa saya, burung-burung itu tidak mendapat sebarang makanan. Kemudian saya diingatkan bahawa saya bukan orang yang memelihara burung-burung ini: melainkan Tuhan.
Dengan Hormat
Warga Israel tidak puas hati dengan kerajaan mereka. Pada akhir 500 SM, orang Yahudi berhasrat untuk menyiapkan pembinaan Rumah Tuhan mereka yang telah dimusnahkan oleh Babilonia pada 586 SM. Bagaimanapun, gabenor mereka tidak memahami perkara yang dilakukan oleh mereka, maka dia mengirim surat kepada Raja Darius (Ezra 5:6-17).
Kekuasaan Muzik Tuhan
Filem The Sound of Music, adalah salah satu filem muzikal yang amat berjaya dan diterbitkan pada tahun 1965. Filem muzikal ini mendapat banyak sanjungan, termasuklah lima Anugerah Akademi kerana ceritanya yang menawan hati orang di seluruh dunia. Lebih daripada 50 tahun kemudian, orang ramai masih menghadiri tayangan khas filem ini dan para penonton datang dengan memakai kostum watak kegemaran mereka, malah bernyanyi bersama semasa tayangan itu.