Dalam tugas saya sebagai paderi, kadang-kadang ada orang yang bertanya sama ada saya rela memberikan bimbingan rohani kepada mereka. Sememangnya saya gembira untuk meluangkan masa dengan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan, tetapi sering kali saya mendapati bahawa saya yang belajar lebih banyak daripada mengajar orang lain. Hal ini terbukti benar apabila seorang Kristian baru, dengan sikapnya yang jujur berkata kepada saya dengan nada penuh reda, “Saya rasa saya tidak harus membaca Alkitab. Semakin banyak saya membaca tentang apa yang Tuhan ingin saya lakukan, semakin banyak saya menghakimi orang lain yang tidak melakukan apa yang diperintahkan dalam Alkitab.”
Semasa dia mengatakan hal ini, saya menyedari kesilapan saya, kerana saya telah menanamkan roh menghakimi dalam hati mereka. Pada masa itu, salah satu perkara pertama yang saya mengajar mereka yang baru percaya kepada Yesus, adalah hal-hal yang tidak seharusnya dilakukan oleh mereka. Dengan kata lain, saya mendesak mereka “bersikap seperti orang Kristian,” walaupun saya seharusnya menunjukkan kasih Tuhan serta membiarkan Roh Kudus membentuk mereka terlebih dahulu.
Sekarang saya mula lebih menghargai ayat Yohanes 3:16-17. Jemputan Yesus untuk percaya kepada-Nya dalam ayat 16 diikuti dengan kata-kata ini, “Allah mengutus Anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya.”
Yesus tidak datang untuk menghakimi kita. Namun dengan memberi satu senarai semakan tentang sikap yang patut dimiliki oleh orang Kristian baru, saya telah mengajar mereka menghakimi diri sendiri, yang akhirnya menyebabkan mereka menghakimi orang lain. Janganlah kita menjadi agen penghakiman, tetapi marilah menjadi duta kasih dan belas kasihan Tuhan.
menyerupai-Mu.