James Oglethorpe (1696–1785) merupakan jeneral British dan ahli Parlimen yang mempunyai visi untuk menjadikan bandarnya sebagai bandar yang hebat. Ketika dia ditugaskan untuk membentuk bandar Georgia di Amerika Utara, dia merancang bandar Savannah mengikut visi tersebut. Dia mereka bentuk beberapa siri petak, setiap satunya mempunyai ruang hijau dan tempat khas untuk gereja dan kedai-kedai, dan ruangan lain dikhususkan untuk perumahan. Idea Oglethorpe yang berwawasan pada masa itu dapat dilihat pada hari ini melalui sebuah bandar yang cantik dan terurus baik, malah dianggap sebagai permata di Amerika Selatan.
Dalam Wahyu 21, Yohanes mendapat penglihatan tentang sebuah kota yang berbeza—Yerusalem Baru. Dia mencatatkan banyak tentang sifat penduduk di situ lebih daripada reka bentuk bandar tersebut. Apabila Yohanes menggambarkan kediaman kekal kita, dia menulis, “Aku mendengar suara lantang berseru dari takhta itu, “Sekarang Allah tinggal bersama-sama manusia! Dia akan hidup bersama-sama mereka dan mereka akan menjadi umat-Nya” (ayat 3). Kerana siapa yang tinggal di sana—iaitu Tuhan—kediaman ini akan dikenali dengan apa yang tidak ada di sana. Seperti Yohanes memetik daripada Yesaya 25:8, “Dia akan menyapu air mata mereka. Kematian akan tiada lagi” (Wahyu 21:4).
Kematian akan tiada lagi! Mahupun “kesedihan, tangisan, dan kesakitan.” Segala kesedihan kita akan diganti dengan hadirat Tuhan alam semesta yang menakjubkan dan memulihkan. Inilah tempat kediaman yang disediakan oleh Yesus, untuk semua orang yang bertaubat untuk menerima pengampunan daripada-Nya.