Saya sangat gembira ketika diberitahu bahawa kawan saya akan menjadi seorang ibu. Kami menghitung hari-hari bersama sehingga ke saat kelahiran. Namun, apabila bayi itu mengalami kecederaan otak semasa dilahirkan, hati saya hancur dan tidak tahu bagaimana untuk berdoa. Saya hanya tahu kepada siapa yang saya harus berdoa—Tuhan. Dia ialah Bapa kita, dan Dia mendengar apabila kita berseru kepada-Nya.
Saya tahu bahawa Tuhan boleh melakukan mukjizat. Dia membangkitkan anak perempuan Yairus daripada kematian (Lukas 8:49-55) serta menyembuhkan anak perempuan itu daripada segala bentuk penyakit yang telah meragut nyawanya. Maka saya berdoa agar Dia juga akan menyembuhkan bayi kawan saya.
Namun saya terfikir, “Bagaimana jika Tuhan tidak memberi penyembuhan? Sudah tentu bukannya ada sebarang kekurangan dalam kuasa Tuhan. Mungkin Tuhan tidak mempedulikan?” Saya terfikir tentang penderitaan Yesus di kayu salib dan penjelasan bahawa “Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa” (Roma 5:8). Kemudian saya teringat akan pertanyaan-pertanyaan Ayub dan dia belajar untuk melihat kebijaksanaan Tuhan seperti yang termaktub dalam penciptaan di sekelilingnya (Ayub 38–39).
Saya mula sedar bahawa Tuhan memanggil kita dengan memperlihatkan diri-Nya melalui semua peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita. Dengan rahmat Tuhan, saya dan kawan saya telah mempelajari maksud berdoa dan percaya kepada-Nya—tidak kira apa yang bakal berlaku.
anda amat perlu berdoa!