Pada 18 Jun setiap tahun, hari ini merupakan hari peringatan bagi Pertempuran Waterloo yang berlaku di negara yang kita kenali sebagai Belgium masa kini. Pada tahun 1815 hari itu, tentera Perancis di bawah pimpinan Napolean dikalahkan oleh pasukan tentera multinasional yang dipimpin oleh Duke Wellington. Sejak itu, frasa “to meet your Waterloo” (menemui Waterloo anda) membawa maksud “dikalahkan oleh seseorang yang terlalu kuat bagi anda atau oleh masalah yang terlalu susah bagi anda.”
Dalam hal kerohanian, ada orang berpendapat bahawa kekalahan dalam hidup sememangnya tidak dapat dielakkan kerana setiap orang pasti akan “menemui Waterloonya.” Namun Yohanes menentang pemikiran yang pesimistik ini apabila dia menulis surat kepada para pengikut Yesus: “Kerana setiap anak Allah dapat mengalahkan dunia ini. Kita mengalahkan dunia ini dengan iman kita” (1 Yohanes 5:4).
Yohanes menjalinkan tema kemenangan rohani di sepanjang surat pertamanya, sambil mendorong kita supaya jangan mencintai hal-hal yang ditawarkan oleh dunia kerana ia pasti akan lenyap (2:15-17). Sebaliknya, kita didorong untuk mengasihi dan menyenangkan hati Tuhan, “Inilah yang dijanjikan oleh Kristus sendiri kepada kita: hidup sejati dan kekal” (2:25).
Walaupun kita mungkin mengalami jatuh bangun dalam kehidupan ini, bahkan berasa ditewaskan dalam banyak pergelutan, namun akhirnya apabila kita percaya kepada kuasa Kristus, kita akan memiliki kemenangan dalam Kristus.
percaya kepada Tuhan.