Sorakan tentera Amerika Syarikat “hoo-ah” menandakan persetujuan para askar akan sesuatu hal. Maksud asalnya sudah tidak diketahui, tetapi ada yang berkata bahawa ia berasal daripada singkatan HUA—Heard (Dengar), Understood (Faham), dan Acknowledged (Setuju). Saya pula mendengar pernyataan itu untuk kali pertama pada waktu saya menjalani latihan ketenteraan asas.
Beberapa tahun kemudian, perkataan itu muncul semula apabila saya memulakan penyelidikan Alkitab pada setiap pagi Rabu bersama dengan sekumpulan lelaki. Pada suatu pagi, salah seorang saudara, iaitu bekas askar dari Tentera Udara Bahagian ke-82 membaca satu petikan Mazmur. Apabila dia membaca perkataan sela yang biasa ditulis pada penghujung mazmur, dia tidak membaca perkataan tersebut tetapi menyorakkan hoo-ah. Sejak itu, hoo-ah telah menggantikan perkataan sela.
Tiada sesiapa pun yang benar-benar tahu tentang maksud sela. Ada yang berkata bahawa ia hanya merujuk kepada not muzik. Biasanya perkataan ini wujud apabila ada suatu kebenaran yang menuntut respons yang mendalam dan beremosi. Dengan erti lain, saya berpendapat hoo-ah memang sesuai untuk menggantikan sela.
Pagi ini, saya membaca Mazmur 68:20: “Terpujilah Tuhan! Hari demi hari Ia menanggung bagi kita; Allah adalah keselamatan kita. S e l a” (Alkitab TB).
Bayangkan gambaran yang indah itu! Setiap pagi Tuhan mengangkat kita di atas bahu-Nya, dan Dia mengangkat kita sepanjang hari. Dialah penyelamatan kita. Kita adalah selamat dan sejahtera di dalam Dia, tiada sebab untuk berasa risau atau takut. Oleh itu, saya boleh berkata “Hoo-ah!”
aku menemukan kekuatan untuk menghadapi ujian.
Dengan mempercayai bahawa Bapa akan memberikan yang terbaik bagiku, aku tidak perlu berasa risau atau takut.
Lina Sandell Berg