Month: Jun 2016

Pembacaan Maraton

Ketika matahari terbit pada hari pertama bulan ketujuh, tahun 444 sm, Ezra mula membacakan kitab Taurat Musa (yang dikenali sebagai 5 buku pertama di dalam Alkitab). Dia berdiri di atas pentas kayu di hadapan rakyat Yerusalem, kemudian dia terus membaca kitab itu selama 6 jam.

Pembaikan Diperlukan

Di rumah kami, kata-kata “pembaikan dan pemasangan” menjadi tekanan besar (bagi saya) dan topik yang lucu (bagi keluarga saya). Apabila isteri saya dan saya baru berkahwin, saya cuba membuat pembaikan yang mudah di rumah kami—dengan hasil yang tidak seberapa baik. Pemegang pancutan air di bilik mandi seharusnya berfungsi dengan baik—tetapi selepas saya membaikinya, air itu terpancur keluar dari retak antara dinding. “Bencana” seperti ini berterusan sehingga kami mempunyai anak. Saya meyakinkan isteri saya, Cheryl, bahawa saya “tidak perlu mengikut buku panduan” dan dapat memperbaiki mainan anak-anak kami dengan “mudah.” Akan tetapi saya silap!

Komunikasi Sebenar

Sewaktu saya berjalan di kawasan perumahan saya di utara kota London, saya terdengar perbualan dalam pelbagai bahasa—Poland, Jepun, Hindi, Croatia dan Itali. Kepelbagaian ini terasa seperti di syurga, walaupun saya tidak memahami apa yang dikatakan mereka. Apabila saya masuk ke sebuah kedai minum di Rusia atau pasar raya di Poland, saya mendengar bahasa dan loghat yang berbeza, lalu saya berfikir betapa indahnya pada hari Pentakosta apabila orang dari pelbagai negeri dapat memahami apa yang dikatakan oleh pengikut-pengikut Yesus.

Tuhan Dalam Perkara Biasa

Apabila kita mendengar kesaksian tentang Tuhan melakukan perkara yang ajaib dalam kehidupan orang lain, kita akan berasa terdorong. Walaupun kita bersukacita kerana Tuhan menjawab doa mereka, namun kita mungkin juga tertanya-tanya, mengapa Tuhan tidak melakukan perkara yang ajaib bagi kita untuk kebelakangan ini.