Pusat gim di kawasan perumahan yang saya telah kunjungi selama bertahun-tahun telah ditutup pada bulan yang lepas, maka saya terpaksa pergi ke gimnasium yang baru. Tempat yang lama itu adalah tempat yang mesra, dikunjungi oleh orang yang gemar berkawan dengan orang lain semasa mereka melatih badan. Kami jarang pun berpeluh. Gimnasium yang baru pula merupakan tempat yang dipenuhi dengan lelaki dan wanita yang serius, mereka bersemangat untuk membina tubuh badan yang lebih sihat. Saya melihat mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh. Badan mereka kelihatan kuat, tetapi saya tertanya-tanya sama ada hati mereka juga dikuatkan oleh rahmat.

Hati merupakan satu otot—otot yang memastikan otot lain terus berfungsi. Latihan yang menguatkan dan melatih otot-otot kita yang lain memang baik, tetapi perkara yang paling penting ialah melakukan apa sahaja untuk menjaga kekuatan hati.

Demikian juga dengan hati rohani kita. Kita menguatkan dan melatih hati kita melalui firman kebenaran dengan menerima mesej tentang kebaikan dan rahmat Tuhan. Mengekalkan kekuatan dan kesihatan hati kita mesti dijadikan sebagai keutamaan hidup kita, satu-satunya perkara yang kita lakukan di atas segala-galanya.

Paulus pasti bersetuju dengan kenyataan ini: “Latihlah dirimu untuk kehidupan yang beribadat. Latihan jasmani ada faedahnya, tetapi latihan rohani sangat berfaedah dalam segala hal, kerana latihan rohani memberikan faedah kepada hidup kita baik sekarang mahupun pada masa yang akan datang (1 Timotius 4:7-8).