Ahli antropologi, Anthony Graesch menyatakan bahawa bahagian luaran sebuah peti sejuk mendedahkan apa yang penting bagi seseorang. Dalam satu kajian mengenai beberapa keluarga di Los Angeles, Graesch dan rakan sekerjanya memerhatikan bahawa purata 52 benda dilekatkan pada peti sejuk—termasuklah jadual waktu sekolah, foto keluarga, lukisan anak-anak, serta magnet. Graesch memanggil peti sejuk sebagai “tempat simpan kenangan keluarga.”
Tuhan mungkin menggunakan sesuatu benda yang nyata seperti foto, tanda kenangan, atau ayat Alkitab untuk mengingatkan kita tentang kesetiaan-Nya dan panggilan untuk mentaati firman-Nya. Apabila Musa berkata dengan orang Israel sebelum mereka memasuki tanah Kanaan, dia menggesa mereka agar mematuhi segala hukum yang diberikan oleh Tuhan. “Ajarkanlah hukum itu kepada anak-anak kamu … Tuliskanlah hukum itu pada tiang pintu rumah dan pada pintu pagar kamu” (Ulangan 6:7,9).
Dengan mengutamakan firman Tuhan di rumah mereka dan kehidupan mereka adalah peringatan harian yang berkuasa “supaya kamu tidak lupa akan TUHAN yang sudah membawa kamu keluar dari Mesir, tempat kamu diperhamba dahulu” (ayat 12).
Hari ini, Tuhan mendorong kita untuk mengingat bahawa apabila kita mentaati firman-Nya, kita boleh bergantung pada kasih-Nya yang setia terhadap masa depan kita.
