Pada tahun 1891, jenazah Biddy Mason dikebumikan di sebuah kubur yang tidak tertanda di Los Angeles. Ini bukan perkara biasa bagi seorang wanita yang merupakan hamba sejak lahir, tetapi ia sesuatu yang luar biasa bagi seseorang yang berjaya seperti Biddy. Selepas memenangi kebebasannya melalui perbicaraan mahkamah yang sengit pada tahun 1856, dia menggabungkan kemahiran kejururawatan dan pelaburan perniagaan yang bijak untuk mendapat keuntungan. Apabila dia menyaksikan penderitaan para pendatang dan banduan, dia menjangkau mereka, malah melabur dalam kerja amal sehingga orang ramai kerap kali beratur di luar rumahnya untuk menerima bantuan. Pada tahun 1872, tepat pada enam belas tahun selepas dia bebas daripada perhambaan, dia dan menantu lelakinya membiayai penubuhan Gereja Episcopal Methodist Afrika yang pertama di Los Angeles.
Biddy mengamalkan hidup seperti yang dikatakan oleh rasul Paulus: “Dalam segala perkara aku sudah memberikan teladan kepada kamu bahawa dengan bekerja keras seperti ini, kita harus menolong orang yang lemah. Ingatlah akan kata-kata Tuhan Yesus, ‘Lebih berbahagia memberi daripada menerima’ ” (Kisah Rasul-Rasul 20:35). Paulus datang daripada latar belakang yang baik, dia bukan hamba, tetapi dia memilih satu kehidupan yang menyebabkan dia dipenjarakan dan mati atas kepercayaannya supaya dia boleh melayani Kristus dan orang lain.
Pada tahun 1988, penyumbang-penyumbang membuka kain tutup satu batu nisan untuk Biddy Mason. Hadirin-hadirin terdiri daripada ketua-ketua bandar Los Angeles serta hampir seramai 3,000 orang dari gereja kecil yang mula ditubuhkan di rumahnya lebih daripada satu abad yang lalu. Biddy pernah berkata, “Tangan yang terbuka diberkati, kerana ia memberi dengan banyak setara dengan yang diterimanya. Tangan yang memberi dengan murah hati mewarisi kekayaan yang kelimpahan.