Arahan dalam tentera, “Mark Time, March” bermaksud berkawad tanpa bergerak ke hadapan. Ia merupakan satu hentian dalam gerakan yang seumpamanya melangkah ke hadapan untuk bersiap sedia secara mental dan menunggu dengan penuh pengharapan bagi arahan yang seterusnya.
Dalam bahasa harian, istilah “marking time” (bersiap sedia) membawa makna “pergerakan tanpa maju ke hadapan, tidak berhasil, tidak melakukan apa-apa yang penting ketika anda menunggu.” Ia membawa maksud perasaan yang melepak, menunggu secara sia-sia.
Secara pertentangan, perkataan menunggu dalam Alkitab pula sentiasa membawa makna “untuk mencari secara proaktif, untuk berharap, dan mengharapkan.” Apabila menghadapi kesusahan besar, pemazmur menulis: “Ya Allahku, aku percaya kepada-Mu. Janganlah biarkan aku dipermalukan; janganlah biarkan musuhku mentertawakan aku. Kekalahan tidak akan dialami orang yang percaya kepada-Mu” (Mazmur 25:2-3).
Kita sering tidak boleh berbuat apa-apa terhadap perkara yang kita mesti menunggu—keputusan pemeriksaan kesihatan, keputusan temu duga bagi pekerjaan, kepulangan orang kesayangan—tetapi kita boleh memutuskan cara kita menunggu. Daripada terjerumus dalam ketakutan atau bersikap acuh tidak acuh, kita boleh terus “berkawad tanpa bergerak”, mencari kekuatan dan arahan Tuhan dengan aktif setiap hari.
“Ajarlah aku kehendak-Mu, ya TUHAN, nyatakanlah apa yang harus aku lakukan. Ajarlah aku supaya aku hidup menurut kehendak-Mu, kerana Engkau penyelamatku. Aku selalu berharap kepada-Mu” (ayat 4-5).