Adakah hari yang terbaik dalam hidup anda telah berlalu atau belum sampai lagi? Pandangan kita terhadap kehidupan—dan jawapan kita bagi soalan itu—boleh berubah mengikut masa. Ketika masih muda, kita mengharapkan masa depan dan sangat ingin menjadi dewasa. Apabila kita telah menjadi lebih tua, kita rindu akan masa lalu, mahu menjadi muda semula. Namun apabila kita berjalan dengan Tuhan, apa pun usia kita, nescayalah bahawa yang terbaik akan tiba!
Sepanjang hayat Musa, dia menyaksikan perbuatan ajaib Tuhan, dan kebanyakan perkara yang menakjubkan itu berlaku semasa dia bukan lagi seorang yang muda. Musa berumur 80 tahun pada waktu dia berhadapan dengan Firaun dan melihat Tuhan membebaskan umat-Nya daripada perhambaan (Keluaran 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13) secara ajaib. Musa menyaksikan Laut Gelagah terbelah, hujan roti jatuh dari langit, dan bercakap dengan Tuhan dengan “bersemuka” (14:21; 16:4; 33:11).
Sepanjang hidupnya, Musa hidup dengan penuh harapan, serta menanti-nantikan apa yang akan dilakukan oleh Tuhan (Ibrani 11:24-27). Walaupun Musa berusia 120 tahun pada tahun akhir hidupnya, namun dia memahami bahawa hidupnya dengan Tuhan baru sahaja bermula dan keagungan serta kasih Tuhan tidak akan berkesudahan.
Apa pun usia kita, “Allah yang kekal menjadi perlindungan [kita], dan tangan-Nya menunjang [kita]” (Ulangan 33:27) dengan setia supaya kita menikmati sukacita-Nya setiap hari.