Apakah lima mainan yang paling popular sepanjang masa? Jonathan H. Liu mencadangkan yang berikut: ranting kayu, kotak, tali, tiub kadbod, dan pasir tanah (ruang GeekDad di laman web wired.com). Kesemua ini mudah didapatkan, serba guna, sesuai untuk semua peringkat umur dan tidak memerlukan banyak wang. Imaginasi sahajalah yang diperlukan. Bateri pun tidak perlu digunakan.
Imaginasi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita, maka ia bukan sesuatu yang luar biasa ketika Rasul Paulus menyebutkan dalam doanya bagi para pengikut Yesus di Efesus (Efesus 3:14-21). Selepas Paulus meminta Tuhan menguatkan mereka dengan kuasa Roh-Nya (ayat 16), dia berdoa agar mereka akan dapat memahami dan mengalami kasih Kristus yang amat mendalam (ayat 17-19). Pada bahagian akhir doanya, Paulus memberikan kemuliaan kepada “Allah yang bekerja dalam diri kita, Allah dapat melakukan perkara yang jauh lebih baik daripada yang kita minta atau fikirkan” (ayat 20).
Anda akan mendapati bahawa pengalaman kita sering membatasi doa kita—keadaan yang tidak dapat diubah; tabiat buruk kekal sama; sikap keras kepala yang menghalang perubahan. Apabila masa berlalu, kita mungkin mulai berasa bahawa ada beberapa perkara tidak dapat diubah lagi. Tetapi Paulus mengatakan perkara itu tidak benar.
Dengan kuasa Tuhan yang hebat bekerja di dalam kita, Dia dapat melakukan jauh lebih ajaib daripada apa yang kita boleh jangkakan atau impikan.
dengan jangkaan anda yang terbatas.