Perang Dunia ke-2 telah berakhir. Keamanan telah diisytiharkan. Namun Leftenan Hiroo Onoda yang muda dari Tentera Diraja Jepun masih ditugaskan di sebuah pulau di Filipina, tidak tahu bahawa peperangan sudah berakhir. Usaha telah dibuat untuk mencarinya. Risalah disebarkan dari udara ke lokasinya untuk memberitahu dia bahawa perang telah berakhir. Tetapi Onoda, yang menerima arahan terakhir pada tahun 1945 masih bertahan dan berjuang. Dia menganggap semua usaha dan risalah itu sebagai tipu muslihat atau propaganda daripada musuh. Maka, dia tidak menyerah kalah sehinggalah pada Mac 1974—hampir 30 tahun selepas perang berakhir—apabila bekas pegawai atasannya datang dari Jepun ke Filipina, membatalkan perintah asalnya, dan secara rasmi melepaskan Onoda daripada bertugas. Onoda akhirnya percaya bahawa perang telah berakhir.
Apabila ia berkaitan dengan berita baik tentang Yesus Kristus, masih ada ramai orang tidak pernah mendengar atau tidak percaya bahawa Dia telah “mengalahkan kuasa kematian dan membawa hidup yang kekal melalui Berita Baik” (2 Timotius 1:10). Ada juga orang yang telah mendengar dan percaya akan Injil masih hidup dalam kekalahan, cuba untuk terus mengatasi masalah dan cabaran hidup dengan kekuatan sendiri.
Seseorang perlu memberitahu mereka tentang berita kemenangan Kristus ke atas dosa dan kematian-Nya yang mulia. Pada mulanya, mereka mungkin akan berasa ragu-ragu, tetapi jangan bimbang. Bayangkan kebebasan yang akan dialami oleh mereka apabila Kristus menerangi fikiran mereka bahawa Dia telah memenangi pertempuran itu demi anak-anak-Nya.
mendengarkan orang lain dengan hati terbuka dan berkongsi tentang apa yang Engkau telah lakukan.
kepada seseorang hari ini?