Walaupun saya bergantung kepada teknologi setiap hari untuk menyiapkan tugas saya, namun saya tidak berapa faham tentang fungsinya. Saya menghidupkan komputer saya, memilih dokumen Word, dan memulakan kerja penulisan saya. Namun ketidakfahaman saya dalam fungsi mikrocip, cakera keras, sambungan Wi-Fi, dan skrin paparan penuh warna tidak menghalang saya menikmati kebaikan yang dibawa oleh teknologi.

Dari satu segi, ini mencerminkan hubungan kita dengan Tuhan. Yesaya 55:8-9 mengingatkan kita bahawa Tuhan jauh melampaui fikiran kita: “TUHAN berfirman, ‘Fikiran-Ku bukan seperti fikiran kamu, dan jalan-Ku bukan seperti jalan kamu. Setinggi langit dari bumi, setinggi itulah jalan-Ku daripada jalanmu, dan fikiran-Ku daripada fikiranmu.’ ”

Walaupun kita tidak memahami segala-galanya tentang Tuhan, namun itu tidak menghalang kita mempercayai-Nya. Dia telah membuktikan kasih-Nya kepada kita. Rasul Paulus menulis, “Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa” (Roma 5:8). Dengan mempercayai kasih Tuhan, kita boleh berjalan dengan Dia walaupun banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan sukar untuk dimengerti.